Kenyataan Pimpinan PAS menyebabkan PAS terpinggir di Sabah dan Sarawak – Dr Aliakbar Gulasan

MUKTAMAR PAS | Perwakilan PAS Sabah mengingatkan pimpinan parti mereka supaya berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang dibimbangi tidak sesuai dengan masyarakat di Borneo.

Setiausaha PAS Sabah Dr Aliakbar Gulasan berkata, dia dengan rendah diri dan mohon maaf khususnya kepada barisan pimpinan supaya berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang dibimbangi dengan masyarakat di Sabah dan Sarawak.

“Berhati-hatilah ketika mengeluarkan sebarang kenyataan, sebab sebarang keadaan yang boleh menimbulkan masalah.

“Kami berada di Sabah dan Sarawak berhadapan dengan masyarakat pelbagai kaum yang mungkin bahasa-bahasa tersebut sesuai dengan di Terengganu, Kelantan dan Kedah tetapi sangat tidak sesuai dengan Sabah dan Sarawak.



“Yang boleh menimbulkan sentimen, menimbulkan konflik, yang berhadapan dengan masyarakat adalah kami. Saya ingin menekankan keadaan ini sungguh-sungguh, maaf seribu kali maaf.

“Sebab sentimen ini kadang-kala kita rasa kecil tetapi sebahagian masyarakat yang berada di lapangan yang berhadapan dengan kami (ia) boleh menjadi satu sentimen yang besar yang boleh menyebabkan PAS terpinggir daripada masyarakat,” katanya pada sesi perbahasan ucapan dasar presiden pada Muktamar PAS kali ke-66 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan, Kota Bharu, hari ini.

Sebelum ini kenyataan Ketua Ulama PAS, Nik Zawawi Nik Salleh, yang mendakwa kitab Injil dipesongkan atau diubah mendapat perhatian sehingga dikatakan menguris hati masyarakat Kristian khususnya di Sabah dan Sarawak

Anggota parlimen Pasir Puteh itu berkata demikian semasa membahaskan rang undang-undang berkaitan hukuman memandu mabuk.



Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) kemudian kenyataan Nik Zawawi itu tidak tepat kerana agama lain membenarkan minum arak tetapi tidak sehingga memabukkan.

Nik Zawawi bagaimanapun tetap mempertahankan kenyataan itu dan enggan meminta maaf sambil menganggap tiada pihak yang patut tersinggung dengan kata-katanya itu serta menyatakan kesediaan untuk berdialog.

Susulan itu, polis memulakan siasatan terhadapnya berhubung kenyataan berkait kitab Injil susulan sejumlah laporan polis dibuat.

Sementara itu menyentuh isu PAS tidak bertanding dalam PRN Sabah, Aliakbar berkata, ia bukannya langkah ke belakang atau disisihkan oleh BN dan Perikatan Nasional (PN).



“Ini bukan bermakna PAS takut untuk berdepan dengan musuh atau petualang yangg ada di hadapan kita, tetapi kita tidak hadir dalam pilihan raya kali ini kerana kita meraikan muafakat dan mudah-mudahan kehadiran PAS dalam muafakat sebagai rakan setia untuk mewujudkan perpaduan.

“PAS sentiasa berada dalam senario politik yang pelbagai, hadir untuk menghilangkan kekusutan, mengurangkan konflik, mengurangkan masalah yangg dihadapi oleh manusia dan keadaan politik semasa,” jelasnya.

Setiausaha Pas Sabah disenarai ADUN



Pengalaman Zahid Dalam Kerajaan Penting Untuk Berhadapan Parti Lawan

Menjawab Tuduhan MP PKR Kononnya Negara Bakal Berhadapan Dengan Krisis Fiskal – KADER



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker