Zoo Negara Mula Terima Jumlah Pengunjung Memberangsangkan

Zoo Negara Mula Terima Jumlah Pengunjung Memberangsangkan

Setelah melalui saat getir ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Zoo Negara kini kembali ‘bernafas’ setelah menerima jumlah kedatangan pengunjung yang memberangsangkan.

Timbalan Presiden Zoo Negara Rosly @ Rahmat Ahmat Lana berkata Zoo Negara kini menjana pendapatan kira-kira RM600,000 hingga RM800,000 sebulan, dengan jumlah kedatangan pengunjung seramai 100,000 bagi tempoh Januari hingga April tahun ini.

Beliau berkata terdapat situasi kedatangan pengunjung yang terlalu ramai sehingga menyebabkan kesesakan di pintu masuk zoo yang terletak berhampiran Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 Kuala Lumpur (MRR2) di sini.

Menurutnya ini menyebabkan pihak polis terpaksa membantu mengawal kesesakan yang berlaku, lebih-lebih lagi ketika hujung minggu.

“Kami benar-benar menarik nafas lega atas perkembangan positif ini,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri majlis ulang tahun Malaysian Zoological Parks and Aquaria (MAZPA) ke-25 di sini hari ini.

Rosly berkata kehadiran anak ketiga kepada pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang dari China yang diberikan nama Sheng Yi juga bagaikan menambah seri zoo berkenaan apabila ia menjadi antara tarikan utama pengunjung.

Zoo Negara sebelum ini berdepan krisis kewangan yang teruk ekoran ketiadaan pengunjung susulan pelaksanaan PKP akibat pandemik COVID-19 sehingga memaksa pihak zoo memohon bantuan dana bagi menampung kehidupan haiwan yang berada di situ.

Situasi itu turut menarik perhatian pendakwah dan aktivis sosial Ebit Lew yang menghulurkan sumbangan makanan 200 kilogram daging lembu dan 500 kilogram buah-buahan serta sayur-sayuran kepada haiwan di Zoo Negara.

Bukan itu sahaja, sumbangan daripada pebagai lapisan rakyat termasuk melalui kempen Adopt an Animal telah membantu menampung perbelanjaan dan pengurusan kira-kira 5,137 spesimen daripada 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan yang menghuni kawasan seluas 110 hektar itu.– BERNAMA

Zoo Negara Mula Terima Jumlah Pengunjung Memberangsangkan

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]

Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker