Pelakon Jane Fonda Tidak Dimamah Usia Berkongsi Rahsia Kekal Awet Muda Pada Usia 84 tahun
Pelakon Jane Fonda Tidak Dimamah Usia Berkongsi Rahsia Kekal Awet Muda Pada Usia 84 tahun
NAMA Jane Fonda tidak asing lagi dalam industri perfileman Hollywood malah aktres itu masih aktif berlakon meskipun usianya sudah mencecah 84 tahun.
Bagi peminat setia aktres itu, pasti tahu bahawa Fonda cukup aktif bersukan selain menjalani gaya hidup sihat yang membuatkannya nampak lebih muda berbanding usia sebenarnya.
Dipetik daripada Eat This Not That, berikut adalah beberapa kebiasaan makanan yang membuatkan Fonda tetap kelihatan lincah dan segar pada usia 84 tahun.
1. Menolak diet fad
Dalam satu temubual sebelum ini, Fonda pernah berkongsi 10 tip kesihatan kegemarannya termasuk cara menurunkan berat badan dengan cara yang sihat.
Salah satu kaedah dilakukan adalah dengan menolak diet fad yang disifatkan tidak realistik dan tidak menjanjikan hasil seperti diharapkan.
Fonda menjelaskan diet fad tidak seimbang selain mendatangkan kesan sampingan yang buruk kepada kesihatan seseorang.
Aktres itu juga menekankan bahawa seseorang perlu mengubah cara pemikiran dengan tidak berfikir mengenai diet tetapi mengutamakan kesihatan.
2. Sarapan sangat penting
Fonda juga menjelaskan bahawa sarapan pagi sangat penting untuk kesihatan dengan pengambilan makanan bergizi dan seimbang. Pengambilan sarapan pagi yang teratur boleh menurunkan berat badan dengan lebih baik.
Sekiranya melewatkan sarapan, metabolisme seseorang akan menjadi lebih perlahan sehingga mudah berasa lapar dan menyebabkan seseorang lebih kerap makan. Akibatnya, berat badan mudah naik.
3. Had pengambilan makanan
Salah satu amalan lain Fonda adalah menghadkan pengambilan makanan dan memilih keseimbangan berbanding kuantiti. Fonda menegaskan tidak salah makan kek atau makanan yang ‘tidak sihat’ tetapi biarlah dalam kuantiti yang sedikit.
Amalan ini katanya akan membuahkan hasil pada masa akan datang, bukan sahaja pada luaran tetapi dalaman. Untuk mendapat kulit yang cantik dan aktif pada usia emas, Fonda berkata, seseorang perlu berkorban daripada awal.
4. Elak pengambilan daging
Selain makan dalam kuantiti yang sedikit, Fonda memberitahu dia juga mengelak daripada pengambilan daging merah dalam dietnya.
Sebaliknya, Fonda lebih banyak mengambil buah-buahan dan sayuran segar setiap hari dan mendapatkan sumber protein daripada ikan atau ayam dalam kuantiti yang berpatutan sebagai sumber tenaga.
Namun kata Fonda, bagi yang aktif bersukan, pengambilan protein penting dalam menggantikan semula tisu baharu dan mengelakkan badan berasa lemah akibat kekurangan protein.
5. Boleh makan makanan ringan!
Seperti orang lain, Fonda juga gemar makanan ringan namun menggantikan dengan juadah lebih sihat seperti buah-buahan, keju cottage rendah lemak atau cheese string.
Makanan ringan ini membolehkannya mengunyah ketika dia sedang lapar di antara waktu makan tengah hari, minum petang dan makan malam.
Fonda berkata, elakkan mengambil makanan dan minuman seperti coklat, ais krim, minuman berkarbonat walaupun dalam kuantiti sedikit kerana ia tinggi kandungan gula dan lemak.
Pelakon Jane Fonda Tidak Dimamah Usia Berkongsi Rahsia Kekal Awet Muda Pada Usia 84 tahun
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]
- Saifuddin Nasution dijangka ‘tapau’ Rafizi dalam pemilihan PKR
- Pelakon didakwa anak pendakwah berpelukan, bercium? [VIDEO]
- Selepas 20 tahun, Wanita Ini Baru Tahu Dirinya Adalah Lelaki [VIDEO]
- Pemilihan UMNO bakal dijalankan jika ROS tolak pindaan
- Wanita Nekad Serang Perempuan Simpanan Suami Di Jalan Raya [VIDEO]
- Tak ada sebab RoS tolak pindaan Perlembagaan UMNO – Najib
- Dunia di ambang krisis makanan
- Polis guna handphone disaman
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
- 2 pasangan kekasih dicekup berkhalwat di hotel bajet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?