Muafakat Nasional: PAS tetap berpusing-pusing
PASIR GUDANG: UMNO menegaskan sukar untuk membuat keputusan berhubung kerjasama Muafakat Nasional (MN) ketika ini kerana Pas dilihat tidak tetap pendirian.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, parti itu sebaliknya mengeluarkan kenyataan ‘berpusing-pusing’ berhubung kerjasama yang terjalin antara kedua-duanya.
Menurut beliau, UMNO hanya akan memberikan kata putus berhubung kerjasama berkenaan apabila tiba masa yang dirasakan sesuai kelak.
“Mengenai MN saya sudah malas hendak komen, kenyataan Pas berpusing-pusing jadi saya tidak mahu komen. Biarlah dia nak cakap apa kita dengar dan lihat sahaja, sampai masa nanti kita buat keputusan,” katanya pada Majlis Hari Raya Aidilfitri UMNO Bahagian Pasir Gudang di Dewan Puncak Kasih, Bukit Layang-Layang di sini semalam.
Sabtu lalu, Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor membidas kenyataan UMNO bahawa MN kini sudah ‘nyawa-nyawa ikan’ sebaliknya golongan yang menolak dan mahu menguburkan kerjasama itu yang berada di hujung nyawa.
Sementara itu, Mohamed Khaled menegaskan, tidak pernah berlaku penolakan UMNO terhadap pelantikan Datuk Onn Hafiz Ghazi selaku Menteri Besar Johor yang baharu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
“Kita beri sokongan penuh kerana apa yang penting adalah kerajaan negeri sedia ada melaksanakan tanggungjawab dengan berkesan dan itu memerlukan sokongan akar umbi,” katanya.
Dalam pada itu, beliau yakin Barisan Nasional (BN) dan UMNO mampu menarik kembali sokongan rakyat dan mengekalkan momentum kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
“Apa yang penting adalah sebuah kerajaan yang dapat berkhidmat dan menyelesaikan semua permasalahan dihadapi rakyat. Kita yakin untuk kekalkan momentum, namun perkara itu bergantung pada prestasi kerajaan negeri dan Pusat,” ujarnya.
Katanya, Onn Hafiz juga perlu memikirkan kaedah terbaik untuk mengurus dan mengekalkan kemenangan BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor lalu sehingga PRU-15.- UTUSAN
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]
- Saifuddin Nasution dijangka ‘tapau’ Rafizi dalam pemilihan PKR
- Pelakon didakwa anak pendakwah berpelukan, bercium? [VIDEO]
- Selepas 20 tahun, Wanita Ini Baru Tahu Dirinya Adalah Lelaki [VIDEO]
- Pemilihan UMNO bakal dijalankan jika ROS tolak pindaan
- Wanita Nekad Serang Perempuan Simpanan Suami Di Jalan Raya [VIDEO]
- Tak ada sebab RoS tolak pindaan Perlembagaan UMNO – Najib
- Dunia di ambang krisis makanan
- Polis guna handphone disaman
- Tiga Pengantin Adik Beradik Bersanding ‘Bawa Perut’
- 2 pasangan kekasih dicekup berkhalwat di hotel bajet
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]
Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?
You must be logged in to post a comment.