Negara rugi trilion ringgit jika DNB gagal – Najib

Negara rugi trilion ringgit jika DNB gagal – Najib

Malaysia akan mengalami kerugian impak ekonomi bernilai trilion ringgit dalam tempoh 10 tahun akan datang jika syarikat infrastruktur 5G kerajaan, Digital Nasional Berhad (DNB) gagal, kata bekas Perdana Menteri Najib Razak.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan berkata, syarikat telco juga memahami bahawa jika DNB gagal, mereka juga akan gagal pada masa depan.



“Silalah buat demikian (beri peluang kepada syarikat telekomunikasi beli saham DNB). Jika DNB gagal dan akibatnya negara mengalami kerugian impak ekonomi bertrilion ringgit besarnya untuk tempoh 10 tahun depan, siapa nak tanggung?,” soalnya di Facebook.

Tegasnya, impak kepada ekonomi mungkin bernilai trilion ringgit sekiranya projek 5G negara gagal kerana ekonomi masa depan semakin beralih ke digital.

“Namun, nasi sudah menjadi bubur. Kerajaan PN sudah putuskan dan tubuhkan DNB. Kontak bernilai sebanyak RM11 bilion sudah diberi dan duit berbilion sudah dibelanja.

“Nak batal kaedah ini pun terlambat melainkan negara mahu lebih lewat lagi untuk melaksana 5G atau sudi membazir berbilion-bilion ringgit yang sudah pun dibelanjakan,” katanya.



Najib sekali lagi menggesa Putrajaya memberi peluang kepada syarikat telekomunikasi untuk membeli sebahagian saham dalam DNB.

Katanya, syarikat telco juga harus diberi peranan untuk mengurus dan memantau DNB agar pelaksanaan kemudahan 5G lebih terjamin.

“Selain kerajaan mendapat wang serta-merta untuk bantu rakyat dalam pandemik ini dengan penjualan saham tersebut, syarikat telco juga lebih berpengalaman dengan pelaksanaan infrastruktur telco,” katanya.

Beliau membuat gesaan itu selepas Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz berkata, kerajaan tiada perancangan untuk menjual saham kepada syarikat telco dalam sidang Parlimen baru-baru ini, selepas Najib menyarankan perkara itu untuk dipertimbangkan kerajaan.



Beliau turut mengkritik langkah kerajaan yang menggunakan model monopoli “Single Wholesale Network” (SWN) dalam membina keseluruhan infrastruktur 5G, dengan memberi contoh beberapa negara yang menggunakan model berkenaan mengalami pelbagai masalah.

“Oleh sebab model ini lemah, tiga negara (Kenya, Russia dan Afrika Selatan) telah batalkan usaha mereka manakala baki tiga negara (Belarus, Rwanda dan Mexico) mengalami pelbagai lagi masalah kelewatan, ketidakcekapan servis dan kerugian bagi usaha pelaksanaan 4G mereka.

“Susulan itu, hanya Malaysia satu-satunya sahaja dalam dunia yang gunakan model ini bagi pelaksanaan 5G. Lain-lain negara dalam dunia gunakan model seperti yang digunakan oleh kerajaan Barisan Nasional dahulu dalam perlaksanaan 3G/4G – iaitu menawarkan lesen kepada telco-telco tempatan melalui tender,” katanya.

Negara rugi trilion ringgit jika DNB gagal – Najib




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Siang kutip sampah malam jadi perogol



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker