Sukan Sea Vietnam 2021: Malaysia kini tempat ke-6

HANOI: Kontinjen negara berjaya menambah dua pingat emas pada hari ke-15 Sukan SEA ke-31 di sini semalam, sehari sebelum temasya sukan dwitahunan tersebut melabuhkan tirai hari ini.

Dua pingat emas itu diraih dalam acara beregu campuran badminton dan Muay Thai, menyaksikan kem negara menamatkan cabaran di Hanoi dengan pungutan keseluruhan 39 emas, 45 perak dan 89 gangsa, dengan semua acara tamat semalam bagi memberi laluan kepada upacara penutup temasya.

Pungutan pingat tersebut mengatasi sasaran 36 emas ditetapkan, meletakkan negara di kedudukan keenam di belakang tuan rumah, Vietnam yang meraih 204 emas, 121 perak dan 115 gangsa untuk muncul juara keseluruhan.



Thailand berada di tempat kedua dengan 90 emas, 102 perak dan 134 gangsa, diikuti Indonesia 68-90-80, Filipina 50-69-101 dan Singapura di kedudukan kelima 47-46-73.

Pada saingan hari ini, pasangan Chen Tang Jie-Peck Yen Wei menyumbangkan pingat emas ke-38 negara dan berjaya menamatkan penantian selama 23 tahun Malaysia dalam memburu pingat emas beregu campuran Sukan SEA, selepas menewaskan rakan senegara Hoo Pang Ron-Cheah Yee See yang meraih perak.

Jaguh Muay Thai muda negara Ahmad Nor Iman Aliff Rakib turut cemerlang dalam penampilan sulungnya di Sukan SEA, apabila menghadiahkan pingat emas ke-39 buat negara dalam kategori elit bawah 54 kilogram (kg) lelaki.

Skuad Muay Thai kebangsaan juga tidak mengecewakan apabila atlet Muay Thai wanita negara Nur Amisha Azrilrizal, meraih perak setelah terpaksa akur di tangan peserta Thailand Srila Oo Wansawang pada final kategori wanita elit bawah 51kg.



Skuad berbasikal negara terus mempamerkan pencapaian membanggakan, apabila pasukan wanita menamatkan cabaran di Hanoi dengan dua pingat perak dalam acara lebuh raya.

Nur Aisyah Mohamad Zubir meraih perak selepas terpaksa akur dengan kehebatan juara Asia dua kali dari Vietnam Nguyen Thi That, bagi acara lebuh raya individu wanita, selain membantu pasukan negara meraih perak dalam kategori berpasukan kategori berkenaan.

Pelumba lain dalam skuad kebangsaan ialah Siti Nur Adibah Akma, Nor Aisyah Munirah Chek Ramli, Ju Pha Somnet dan Yeong Zhen Yi.

Harapan Lim Kok Leong untuk melakar sejarah tersendiri merangkul emas kedua peribadinya di Sukan SEA ke-31 tidak kesampaian, selepas tewas di final acara snuker perseorangan lelaki.



Atlet negara berusia 27 tahun itu terpaksa akur dengan pingat perak selepas tewas 2-4 kepada legenda Thailand James Wattana.

Sementara itu, skuad bawah 23 tahun kebangsaan pulang dengan tangan kosong selepas tewas 3-4 kepada Indonesia, dalam penentuan sepakan penalti pada perlawanan merebut pingat gangsa, setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 dalam aksi 90 minit permainan.

Tuan rumah, Vietnam meraih emas selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Thailand dalam aksi final, malam tadi.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]



Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Ustaz Abdul Somad diusir dari Singapura

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker