ADUN Sindumin sah sertai UMNO semula

Bung Moktar dan Dr Yusof (dua dari kanan) menyaksikan penyerahan borang ahli UMNO bagi mereka yang ingin menyertai UMNO ketika hadir pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri beliau di Kampung Palakat, Sipitang.

KOTA KINABALU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacobsecara rasminya menyertai UMNO semula.

Penyertaan beliau ke dalam UMNO diumumkan oleh Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada Ahad.

Bung Moktar berkata, UMNO Sabah sentiasa terbuka untuk menerima sesiapa saja sama ada pernah bersama UMNO dulu atau mereka yang baru ingin menyertai parti itu.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengumumkan kemasukan Datuk Dr Yusof Yacob dan rakan-rakan lain bekas ahli Parti Warisan (Warisan) dan diikuti oleh bekas Ketua-Ketua Penerangan Warisan di lima Bahagian pada hari ini (Ahad).

“Ini akan memperkukuhkan parti,” katanya ketika hadir pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri beliau di Kampung Palakat, di sini, pada Ahad.

Mengulas lanjut sokongan rakyat kepada UMNO di Sabah ketika ini, beliau yakin rakyat kembali yakin dan menyokong penuh UMNO dan BN bagi berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sentimen katanya, akan membantu BN dalam PRU15 akan datang.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]

Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Ustaz Abdul Somad diusir dari Singapura

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker