Pemandu Perodua Bezza, anda sedang dicari polis

Kejadian kemalangan yang tular di media sosial membabitkan kereta jenis Perodua Bezza dan Perodua Aruz baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kemalangan yang tular di media sosial membabitkan kenderaan jenis Perodua Bezza dan Perodua Aruz yang berlaku di Jalan Kinabalu di sini pada Jumaat lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, pihaknya telah mengesan sebuah video berdurasi satu minit 23 saat yang dimuat naik di laman Facebook membabitkan kejadian tersebut.

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku pada Jumaat lalu kira-kira pukul 11.59 pagi melibatkan kereta jenis Perodua Bezza dan Perodua Aruz di Jalan Kinabalu.

“Pemandu kereta Perodua Aruz berkenaan telah hadir membuat laporan polis manakala pemandu Perodua Bezza masih belum tampil membuat laporan polis,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, kes diklasifikasikan dibawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan berbahaya sehingga mengganggu pengguna jalan raya lain.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai sebarang maklumat diminta tampil di balai polis berhampiran untuk membantu siasatan. –

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker