Guru ditangkap tonton video lucah dalam kelas



Seorang guru lelaki yang mengajar di sebuah sekolah perempuan Hong Kong bertindak meletak jawatan selepas ‘ditangkap menonton video lucah di dalam kelas

HONG KONG – Seorang guru lelaki yang mengajar di sebuah sekolah perempuan Hong Kong bertindak meletak jawatan selepas ‘ditangkap menonton video lucah di dalam kelas dan secara tidak sengaja memaparkan imej tersebut pada skrin, lapor akhbar South China Morning Post.

Kolej Leung Shek Chee di bandar Kwun Tong kelmarin turut memaklumkan bahawa pihaknya telah melaporkan kejadian itu kepada Biro Pendidikan dan pegawai polis perhubungan masyarakat.

Sekolah menengah subsidi kerajaan itu dalam satu kenya­taan berkata, pihaknya me­nerima laporan mengenai guru tersebut yang didapati menonton video lucah semasa kelas berlangsung dengan imej porno terpancar di skrin dan dilihat oleh pelajarnya.

Pihak sekolah telah menggantung kerja guru tersebut Isnin lalu. Dia mengaku bersalah kepada pengetua sekolah dan meletak jawatan berkuat kuasa hari yang sama, kata pihak sekolah sambil memaklumkan nama keluarga guru itu sebagai Chiu.

Pihak sekolah juga menyediakan sesi kaunseling dan sokongan lain kepada pelajar dan memaklumkan ibu bapa mereka yang terlibat mengenai kejadian tersebut.




“Sekolah ini sangat memen­tingkan tingkah laku professional guru dan menganggap misi utamanya untuk melin­dungi kesejahteraan pelajar,’’ kata sekolah tersebut.

Seorang jurucakap biro pendidikan berkata, pihak berkuasa telah menerima aduan mengenai kejadian itu dan akan terus membuat siasatan susulan walaupun guru itu telah meletak jawatan.

Beliau berkata, pihak sekolah telah digesa untuk menjalankan siasatan dan dikehendaki mengemukakan laporan, manakala biro itu juga akan mengumpul maklumat sendiri sebelum mengambil tindakan lanjut.– Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);




KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET





DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara



Leave a Reply

Your email address will not be published.