Wanita Rugi RM560,000 Ditipu Jual Beli Emas, Suspek Ditahan Polis



Wanita Rugi RM560,000 Ditipu Jual Beli Emas, Suspek Ditahan Polis

Seorang wanita mengalami kerugian sebanyak RM560,000 akibat ditipu menerusi urusan jual beli emas dalam kejadian di Jalan Conlay, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang mendakwa telah menyerahkan wang tunai berjumlah RM560,000 semasa berurusan dengan suspek sekitar pukul 4.10 petang.

“Suspek kemudian melarikan duit berkenaan tanpa memberikan emas yang dijanjikan kepada mangsa.

“Siasatan awal mendapati suspek telah memperdayakan mangsa dalam urusan jual beli emas 916 secara bersemuka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, polis telah menahan seorang seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun dalam serbuan di sebuah hotel sekitar Jalan Stesen Sentral, di sini awal pagi tadi.




“Hasil serbuan, kita turut merampas sebuah kereta, wang tunai RM250,750, tiga unit telefon bimbit, sepasang kasut, sehelai baju, satu cop syarikat, sebuah beg, buku cek, lima kad ATM, pasport dan sekeping kad akses rumah.

Wanita Rugi RM560,000 Ditipu Jual Beli Emas, Suspek Ditahan Polis

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan



Leave a Reply

Your email address will not be published.