Polis siasat ciapan Twitter ajak rakyat ikut jejak Sri Lanka

Polis siasat ciapan Twitter ajak rakyat ikut jejak Sri Lanka

Polis sedang menyiasat satu ciapan di Twitter berhubung kenyataan ‘rakyat ikut jejak Sri Lanka’ yang dikategorikan boleh menggugat ketenteraman awam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Abd Jalil Hassan berkata kenyataan itu telah ditularkan melalui imej tangkap layar melalui ciapan di Twitter di aplikasi WhatsApp pada 19 Mei lalu.

Katanya, kenyataan itu adalah – “Adakah mungkin rumah perdana menteri dan menteri-menteri di Malaysia dibakar oleh penunjuk perasaan yang marah seperti yang berlaku di Sri Lanka minggu lepas”.

Polis tidak menamakan individu yang memuat naik ciapan Twitter tersebut tetapi mungkin merujuk kepada kenyataan seorang pemimpin veteran DAP.

Lim Kit Siang pada 19 Mei lalu, menerusi perkongsian di blognya menyatakan kebimbangannya sama ada Malaysia akan menjadi sebuah negara gagal seperti berlaku kepada Sri Lanka.

Katanya, protes terhadap kerajaan mungkin tidak akan berlaku dalam masa terdekat, tetapi ia adalah sesuatu yang tidak mustahil.

Sri Lanka ketika ini berdepan pergolakan apabila rakyatnya merusuh dan menjadikan ahli politik di negara tersebut sebagai sasaran kemarahan berikutan keadaan ekonomi yang meruncing.

Terdahulu, media melaporkan rumah keluarga milik bekas perdana menteri Sri Lanka, Mahinda Rajapaksa dan Presiden Gotabaya Rajapaksa di Medamulana, Hambantota terbakar akibat diserang perusuh.

Dalam pada itu, Abd Jalil berkata siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman di bawah Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

“Polis nasihat orang ramai tidak membuat spekulasi yang boleh jejaskan siasatan,” katanya. FMT

Polis siasat ciapan Twitter ajak rakyat ikut jejak Sri Lanka


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker