Isu Zafrul: Kita terima siapa sahaja bantu UMNO – Zahid

Isu Zafrul: Kita terima siapa sahaja bantu UMNO – Zahid

UMNO sentiasa mengalu-alukan mana-mana pihak termasuk menteri Kabinet untuk membantu parti itu dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, memandangkan umat Islam masih dalam suasana Hari Raya Aidilfitri, kehadiran menteri kanan itu ke kawasan UMNO bukan satu kesalahan.

“Tak apalah, ini Hari Raya (Aidilfitri), datanglah.

“Dia (Tengku Zafrul) nak menyumbang bagi bantuan, kita terima siapa pun,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri UMNO Bahagian Sungai Besar malam ini.

Beliau mengulas tindakan seorang menteri Kabinet yang turun menganjurkan program bersama rakyat di beberapa kawasan tertentu di Selangor.

Sebelum ini, UMNO Bahagian Kuala Selangor mengeluarkan arahan kepada pemimpin parti di kawasan tersebut supaya tidak terlibat dengan program Menteri Kewangan, Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Terdahulu, tular di aplikasi WhatsApp berhubung surat daripada Ketua UMNO Bahagian Kuala Selangor, Datuk Jahaya Ibrahim yang memberi arahan kepada kepimpinan bahagian untuk tidak terlibat dengan program melibatkan Zafrul.

Ketika ditanya tentang calon pilihan raya bagi mewakili UMNO, Ahmad Zahid berkata, pihaknya masih belum membuat sebarang keputusan mengenainya.

“Calon, kita belum fikir lagi,” katanya lagi. MG

Isu Zafrul: Kita terima siapa sahaja bantu UMNO – Zahid


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker