Kucing ingat nama sendiri, haiwan lain

TOKYO – Satu kajian yang dijalankan di Jepun mendedahkan bahawa kucing bukan sahaja boleh mengingati nama sendiri, bahkan nama kucing lain yang ia kenali, lapor laman berita Wion News semalam.

Bukan itu sahaja, kucing didapati boleh mengingati nama manusia dalam rumah yang tinggal bersamanya.

Seorang penyelidik sains haiwan, Saho Takagi bersama beberapa rakan penyelidik lain telah menjalankan kajian itu yang dilaporkan dalam jurnal Scientific Reports.

Mereka melakukan kajian ke atas kucing-kucing yang tinggal di rumah yang mempunyai banyak haiwan itu.

Setiap kucing kemudiannya ditunjukkan gambar kucing lain. Apabila setiap gambar ditunjukkan, rakaman suara pemilik yang memanggil nama kucing tersebut dimainkan.

Rakaman itu sama ada menyebut nama sebenar kucing berkenaan atau beberapa nama kucing lain.

Apabila nama yang salah dimainkan dalam rakaman, kucing itu akan merenung gambar ditunjukkan dengan lebih lama seolah-olah hairan kerana maklumat tidak sepadan. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker