Dakwaan penukaran Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali adalah fitnah

Exco Melaka Dr Akmal Saleh berkata dakwaan penukaran Ketua Menteri Melaka Sulaiman Md Ali tidak pernah dibincangkan di peringkat exco dan Adun.

“Tidak pernah sekelumitpun sepanjang saya menjadi exco kerajaan negeri ada usaha yang meminta kami untuk menukar kepimpinan kerajaan negeri dari mana-mana pihak.

“Namun Kami tidak pasti jika ia dibincangkan bersama dengan ketua bahagian dan pemangku ketua bahagian yang bukan wakil rakyat untuk menukarkan kepimpinan ketua menteri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menyifatkan dakwaan Sulaiman diminta meletakkan jawatan sebagai tidak berasas, Akmal menegaskan ketua menteri dipilih oleh Adun dan bukannya oleh mana-mana pihak termasuk ketua bahagian parti politik.

Pada 7 Mei lalu, timbul dakwaan di media sosial bahawa Sulaiman dipaksa menandatangani surat perletakan jawatan sebagai ketua menteri Melaka.

Namun dakwaan itu dinafikan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Melaka Mohamad Ali Mohamad yang berkata Sulaiman akan kekal memegang jawatan itu sehingga tamat penggal.

Akmal yang juga Adun Merlimau turut mengkritik mana-mana pihak yang menurutnya cuba melaga-lagakan Sulaiman dengan Pengerusi Umno Melaka Ab Rauf Yusoh.

“Jika ia tetap berterusan,saya mohon agar lembaga disiplin parti untuk mengambil tindakan ke atas ‘si kitol’ yang memecah belahkan Umno negeri melaka ini,” katanya lagi.

Sulaiman mengangkat sumpah sebagai ketua menteri pada 21 Nov tahun lepas, selepas BN menang besar dalam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ini merupakan kali kedua Sulaiman dilantik ke jawatan itu selepas menggantikan Adly Zahari susulan kejatuhan pentadbiran PH negeri pada Mei 2018.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker