Status Bangsa: Mahathir Ancam Hendak Saman Dan Mahu Zahid Mohon Maaf

Status Bangsa: Mahathir Ancam Hendak Saman Dan Mahu Zahid Mohon Maaf

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad mengancam mahu menyaman Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam satu kenyataan, Dr Mahathir memberitahu beliau mahu menyaman Ahmad Zahid kerana mempertikaikan status kaumnya sebagai orang Melayu.

Bekas perdana menteri itu juga mengakui bahawa sebelum ini beliau tidak gemar menggunakan mahkamah biarpun ramai yang memfitnahnya.
Namun tegas Dr Mahathir, kali ini beliau perlu bertindak kerana sikap Ahmad Zahid yang amat memualkan dan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

“Saya cabar Zahid untuk tunjuk bukti tentang identiti saya yang pertikai diri status bangsa saya sebagai orang Melayu.

“Jika dia tidak meminta maaf dan menarik balik fitnah itu, saya akan ambil tindakan mahkamah,” katanya.

Ketika berucap merasmikan majlis penutup mesyuarat bahagian UMNO Kelana Jaya pada 30 Julai 2017, Ahmad Zahid yang ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri dilaporkan mendakwa nama sebenar Dr Mahathir adalah Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty.

Ahmad Zahid didakwa memegang telefon bimbit dan menunjukkannya kepada hadirin apa yang didakwa salinan kad pengenalan Dr Mahathir.

Mengaku mempunyai darah India, Mahathir menegaskan namanya dalam kad pengenalan menggunakan bin, bukan anak lelaki.

Malah Dr Mahathir menjelaskan ibu dan bapa beliau dilahirkan di Tanah Melayu sebelum merdeka dan beragama Islam, bertutur dalam Bahasa Melayu serta mengamalkan adat Melayu.

“Mengikut takrifan perlembagaan Malaysia (Perkara 160) saya Melayu dan perjuangan saya adalah untuk pertahan kepentingan bangsa saya.

“Ibu dan bapa saya dilahirkan di Tanah Melayu sebelum Merdeka dan kami semua beragama Islam.

“Sejak kecil, pertuturan keluarga saya di rumah adalah Bahasa Melayu serta adat yang kami amal adalah adat Melayu,” katanya.

Ahli Parlimen Langkawi itu juga mendakwa tujuan Zahid berhubung kenyataan kad pengenalannya itu hanya untuk memburukkan dirinya.

Zahid juga, kata Mahathir, menggambarkan seolah-olah dia menipu mengenai status bangsanya.-AA

Status Bangsa: Mahathir Ancam Hendak Saman Dan Mahu Zahid Mohon Maaf

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker