Bersatu dapat restu PAS, lawan BN di Terengganu



Bersatu dapat restu PAS, lawan BN di Terengganu

Bersatu Terengganu akan meletakkan calon di 10 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) disandang Barisan Nasional (BN) hasil persetujuan bersama PAS, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Ketua Bersatu negeri, Razali Idris, berkata pihaknya juga akan meletakkan calon bertanding di kerusi Parlimen Besut, selain mempertahankan Parlimen Hulu Terengganu.

Beliau berkata, PAS melalui perbincangan pengagihan kerusi sudah bersetuju menyerahkan 10 kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen dikuasai BN kepada Bersatu untuk meletakkan calon.

“Kita sudah menyerahkan senarai calon untuk bertanding di 10 kerusi DUN kepada Pengerusi Bersatu, Muhyiddin Yassin untuk dianalisis.




“Kita menyerahkan senarai tiga calon bagi setiap kawasan DUN kepada Muhyiddin untuk dimuktamadkan,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Pada PRU14 lalu, BN memenangi 10 daripada 32 kerusi DUN iaitu Kuala Besut, Jertih, Hulu Besut, Permaisuri, Langkap, Batu Rakit, Seberang Takir, Telemung, Bukit Besi dan Kijal.

Mengulas lanjut, Razali yang juga ketua Bersatu bahagian Marang berkata, senarai calon diserahkan untuk bertanding di 10 kerusi DUN terbabit adalah berintigeriti, bebas daripada jenayah serta diterima rakyat.

Katanya, senarai calon daripada Bersatu itu juga diserahkan kepada pimpinan PAS negeri untuk dianalisis.

Berhubung pengumuman nama ADUN Telemong, Rozi Mamat, yang akan bertanding mewakili Umno di kerusi Parlimen Hulu Terengganu, Razali berkata, pihaknya tidak mahu mencampuri urusan parti itu, namun mengakui ia berlaku di luar peraturan parti.




“Mengikut peraturan, calon yang akan bertanding di kerusi Parlimen akan ditentukan presiden dan bukannya pengerusi Umno negeri,” katanya. FMT

Bersatu dapat restu PAS, lawan BN di Terengganu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara



Leave a Reply

Your email address will not be published.