Laluan tanpa tol antara tawaran BN jika menang di Terengganu

Laluan tanpa tol antara tawaran BN jika menang di Terengganu

Laluan tanpa tol projek Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) hingga ke Besut dan pembinaan 30 masjid, antara tawaran manifesto Barisan Nasional (BN) Terengganu jika kerajaan PAS negeri itu ditumbangkan.

Ketua Umno Bahagian Besut, Nawi Mohamad, berkata manifesto itu akan dilakukan dalam usaha merancakkan kembali pembangunan di negeri tersebut.



“Saya telah hadir dalam satu perjumpaan bersama Ketua Umno Terengganu Ahmad Said pada Isnin. Antara janji kita, kalau BN menang pada PRU15 (pilihan raya umum ke-15), kita nak teruskan projek Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) hingga ke Besut.

“Selain itu, kalau menang di Terengganu juga, kita akan membina 30 masjid dalam masa lima tahun.

“Kita nak menjadikan Terengganu sebagai negeri maju dan menjana pendapatan orang Terengganu menerusi pelancongan. Jalan empat lorong juga akan dibuat dari Kemaman ke Besut tanpa tol dan secara percuma melalui jalan pantai.

“Jalan itu juga akan melalui Kampung Fikri, Setiu. Datuk Ahmad Said akan buat satu jambatan dan akan ada restoran tengah laut,” katanya menurut laporan Sinar Harian.



Beliau berkata, Tasik Kenyir juga akan terus dimajukan dalam usaha memastikan lebih ramai pelancong hadir ke negeri tersebut.

Hari ini, Bersatu Terengganu mengumumkan akan meletakkan calon di 10 kerusi Dewan Undangan Negeri disandang BN selepas mendapat persetujuan PAS, pada PRU15.

Ketua Bersatu negeri, Razali Idris, berkata PAS melalui perbincangan pengagihan kerusi sudah bersetuju menyerahkan 10 kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen dikuasai BN kepada Bersatu untuk meletakkan calon.

Pada PRU14 lalu, BN memenangi 10 daripada 32 kerusi DUN iaitu Kuala Besut, Jertih, Hulu Besut, Permaisuri, Langkap, Batu Rakit, Seberang Takir, Telemung, Bukit Besi dan Kijal.



Laluan tanpa tol antara tawaran BN jika menang di Terengganu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi



Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker