Pengunduran Afifi bagi muliakan institusi diraja

Pengunduran Afifi bagi muliakan institusi diraja

Menteri Besar Perak Saarani Mohamad menyifatkan pengunduran Orang Besar Delapan Negeri Perak Afifi al-Akiti daripada jawatan Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan, bagi memuliakan institusi diraja.

Beliau berkata, langkah diambil itu juga kerana tidak mahu mencemarkan institusi diraja.



“Jadi begitulah keadaannya sesiapa sajalah kalau keadaan begitu, kita kena letakkan kepentingan kepada kemuliaan Tuanku raja oleh kerana sultan kita adalah penaung kepada agama Islam, ketua agama Islam negeri itu kena didahulukan sama ada kejadian itu berlaku atau pun tak berlaku.

“Beliau telah mengambil tanggungjawab itu untuk tidak menyebabkan Tuanku dilibatkan,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Sementara itu, Saarani berkata, kerajaan negeri menghargai segala sumbangan diberikan Afifi selama menjawat jawatan berkenaan.

Dalam laporan media pada 15 Mei, Afifi memohon perkenan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah untuk berundur diri daripada menyandang gelaran Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan.



Setiausaha Dewan Negara Perak, Ayop Hashim, dalam satu kenyataan memaklumkan, warkah perkenan mengundur diri bertarikh 15 Mei itu telah diangkat sembah untuk pertimbangan baginda.

Dalam warkah berkenaan, Afifi menjelaskan, bahan yang ditularkan di media sosial sejak dua minggu lalu bertujuan mencemarkan nama beliau dan dilihat mempertikaikan kesesuaian peranan beliau dengan institusi istana dalam hal ehwal agama Islam.

Pada 2 Mei lalu, pengguna Facebook yang menggunakan nama akaun Zaharin Mohd Yasin telah memuat naik tangkap layar daripada video berdurasi tiga minit 24 saat, memaparkan imej seorang lelaki yang tidak jelas wajahnya dengan memakai topi diapit oleh dua wanita di sebuah kelab malam.

Lelaki berkenaan didakwa merupakan antara seorang penasihat dalam Majlis Raja-Raja Hal Ehwal Islam.



Pengunduran Afifi bagi muliakan institusi diraja


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi



Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker