Azmin Ali ziarah pusara Haron Din di Californi
SHAH ALAM – Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menziarahi pusara bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Dr Haron Din di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore, California pada Ahad (waktu tempatan).
Ketika ziarah tersebut, beliau berkesempatan menghadiahkan bacaan surah al-Fatihah dan Yasin malah menzahirkan perasaan sedih di atas pemergian Allahyarham.
“Saya hanya mampu berdoa kepada ALLAH SWT semoga Almarhum Tuan Guru Datuk Dr Haron Din dianugerahkan husnul khatimah dan rohnya ditempatkan di dalam syurga yang penuh nikmat ALLAH SWT,” kongsinya di Facebook milik beliau, pada Isnin.
Dalam pada itu, beliau menzahirkan perasaan rindu terhadap Allahyarham Haron, yang merupakan seorang murabbi ummah yang banyak berbakti terhadap umat dan perkembangan Islam di Malaysia dan rantau.
Mohamed Azmin berkata, selain tokoh sarjana muslim yang menyemai intelektual dan tradisi keilmuan, Allahyarham memainkan peranan besar dalam memasyarakatkan penghayatan Al-Quran.
“Kecintaan Tuan Guru terhadap institusi ilmu serta pembangunan masyarakat ilmu telah mendorong beliau untuk membangunkan Masjid Al Umm sebagai pusat pencerdasan umat Islam.
“Usaha ini yang ‘membidankan’ pertemuan kami di Pejabat Datuk Menteri Besar Selangor pada 8 Julai 2015 bersama Jawatankuasa Pembinaan Masjid Al Umm untuk Kerajaan Negeri membantu menyegerakan pembangunan institusi Islam di Bangi,” katanya.
Mengenali sosok Allahyarham secara peribadi serta menyedari tekad Allahyarham terhadap usaha membangunkan umat yang cerdas dengan ilmu dan lengkap dengan amal, maka beliau telah meluluskan peruntukan RM4 juta demi kemaslahatan ummah sekali gus merancakkan perkembangan syiar Islam di Selangor.
“Masih segar dalam ingatan saya betapa eratnya dakapan Almarhum Tuan Guru, tatkala saya hadir ke Masjid Al Umm untuk menunaikan solat Jumaat terakhir bersama beliau dan menyerahkan cek dana pembangunan Masjid Al Umm.
“Masih segar di ingatan saya, Almarhum secara peribadi menghubungi saya dan beberapa kali menziarahi saya di rumah untuk bersarapan pagi. Kami bincang pelbagai aspek yang terkait dengan ummah dan beliau banyak memberikan nasihat dan panduan kepada saya,” tulisnya lagi.
Ketika ini Mohamed Azmin mengetuai misi perdagangan dan pelaburan ke Amerika Syarikat (AS) dalam usaha mengukuhkan cadangan nilai Malaysia sebagai destinasi pilihan dan rakan perdagangan.
Misi yang bermula dari 9 hingga 18 Mei 2022 itu amat penting bagi Malaysia membabitkan diri dengan rakan perniagaan di negara itu dan meningkatkan kerjasama ekonomi Malaysia-AS.
Baca Artikel Menarik:
- Ismail hulur sumbangan peribadi kepada keluarga pelajar USAS
- Anwar tak buat persediaan untuk debat – penganalisis
- Nelayan tangkap ikan pari gergasi
- Aksi lelaki berdua dalam tandas buat ramai pelik
- Hang gatal sangat, hang jawab – Sanusi
- Kerajaan hadapi tekanan hasil apabila PH hapuskan GST
- Halau nyamuk, tanam 7 jenis pokok ini
- Najib cadang Petronas ambil alih Sapura Energy
- 10 fakta Terowong Menora, jajaran maut di Banjaran Keledang
- Rosnah Mat Aris nafi bomohkan suami
- Baru nak bernyawa , kena banjir lagi – Tiara Jacquelina
- PAS cuba hantar mesej tersirat sebelum EGM Umno – Shabery
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu