Permudah, bukan halang guna kenderaan mikromobiliti – Najib

Permudah, bukan halang guna kenderaan mikromobiliti – Najib

Najib Razak berkata, kerajaan sepatutnya memudahkan dan menggalakkan penggunaan kenderaan mikromobiliti, bukan menghalangnya.

Bekas perdana menteri itu berkata, penggunaan kenderaan mikromobiliti mampu memainkan peranan sangat penting dalam menjayakan lagi hubungan “first mile” dan “last mile”.

“Hubungan ‘first mile’ dan ‘last mile’ yang optimum, berkesan dan cekap untuk pengguna adalah sangat penting bagi kejayaan pengangkutan awam seperti bas, LRT, monorail, KTM Komuter dan MRT.

“Sebab itu, pandangan saya ialah kerajaan hari ini patut memudahkan dan menggalakkan penggunaan kenderaan mikromobiliti – bukan menghalangnya,” katanya dalam catatan di Facebook.

Kerajaan pada 26 April lalu menetapkan tiga jenis kenderaan dilarang digunakan atas jalan raya berkuat kuasa serta-merta, termasuk Moped, skuter berkuasa elektrik, kuasa enjin pembakaran dalaman ataupun kuasa manusia dan alat bantuan pergerakan peribadi.

Najib berkata, sekiranya kerajaan berhasrat menjayakan pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan trafik dalam bandar, maka ia tidak patut pukul sama rata dengan menghalang penggunaan mikromobiliti.

“Kita ada lima cara yang dibenarkan untuk bergerak dalam bandar – berjalan kaki, berbasikal, bermotosikal, kereta dan bas.

“Bagi memudahkan penggunaan kenderaan mikromobiliti, kerajaan boleh meletakkan syarat bahawa setiap model mikromobiliti yang ingin dijual di Malaysia perlu diluluskan ciri keselamatannya dan dikategorikan mengikut lima cara pengangkutan yang saya sebut tadi.”

Katanya, kenderaan mikromobiliti kecil yang perlahan dan tidak banyak berbeza dengan berjalan kaki wajar dibenarkan digunakan di laluan pejalan kaki, manakala kenderaan mikromobiliti yang lebih dekat dengan basikal pula dibenarkan digunakan di laluan basikal sedia ada dan seterusnya.

“Jika masih bimbang pengguna kenderaan mikromobiliti tidak bertanggungjawab dan akan mengganggu pengguna jalan raya atau lalu lintas pejalan kaki, maka letaklah penalti atau hukuman lebih berat.” FMT

Permudah, bukan halang guna kenderaan mikromobiliti – Najib


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker