Burung jatuh dari langit kerana dehidrasi dan kepenatan

Doktor haiwan memberikan air dan multivitamin kepada burung-burung yang terkesan akibat serangan musim panas melampau di India. – AFP

NEW DELHI – Beribu-ribu ekor burung di India dilaporkan terjatuh dari langit ketika terbang akibat keletihan dan dehidrasi disebabkan gelombang haba dahsyat yang melanda negara itu ketika ini, lapor akhbar Daily Star, kelmarin.

Pasukan penyelamat haiwan di Ahmedabad, bandar terbesar di negeri Gujarat, barat India, berkata, mereka merawat berpuluh-puluh burung setiap hari kerana suhu melepasi 40 darjah Celsius .

Burung-burung itu terdiri daripada burung helang hingga merpati dengan haiwan lain seperti kucing turut terjejas.

Pakar-pakar menyatakan bahawa gelombang haba telah mengeringkan sumber air di bandar itu dan merosakkan kitaran normal hidupan liarnya.

Veterinar di sebuah hospital haiwan, Jivdaya Charitable Trust bekerja tanpa henti untuk membantu haiwan yang semakin lemah akibat cuaca terik.

“Tahun ini merupakan antara yang terburuk sejak kebelakangan ini.

“Kami telah melihat peningkatan 10 peratus dalam bilangan burung yang perlu diselamatkan,” kata anggota penyelamat, Manoj Bhavsar.

Dalam satu sesi pada Rabu lalu, doktor haiwan dirakam menyuntik air ke dalam mulut burung dengan picagari dan memberi haiwan-haiwan itu tablet multivitamin.

Suhu di Ahmedabad dijangka mencecah 42, 43 dan 44 darjah Celsius dalam beberapa hari akan datang. – Agensi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker