Ku Li tegaskan Zahid layak pimpin UMNO selagi belum bersalah

PETALING JAYA: Ahmad Zahid Hamidi berhak memegang jawatan presiden Umno, selagi tidak dijatuhkan hukuman bersalah, kata veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah.

Selagi Zahid belum didapati bersalah, katanya, selagi itulah beliau berhak memimpin Umno.

“Pada saya, tiada masalah untuk beliau memegang jawatan presiden. Mengikut undang-undang, dia masih tidak bersalah.



“Walaupun kita bersih macam mana pun, kalau kita ini musuh, dia tetap akan kata kita ini kotor,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Beliau berkata, terpulang kepada penilaian masing-masing, sama ada ia akan memberi gambaran negatif dengan meletakkan Zahid sebagai presiden kerana terpalit dengan kes mahkamah.

“Itu terpulang kepada rakyat, siapa nak kata positif, siapa nak kata tak negatif.”

Semalam, Setiausaha Agung Veteran Umno, Mustapha Yaakob dilaporkan berkata, parti itu akan dilihat lebih bersih, jika individu selain Zahid menerajui parti itu.



Katanya, kes mahkamah yang sedang dihadapi Zahid memberi gambaran negatif terhadap parti.

“Cuma pada saya, kedudukan Zahid kini tidaklah memberi kesan besar kepada pilihan raya umum nanti. Ini kerana waktu pilihan raya negeri Melaka dan Johor, BN secara jelas mendahului parti lain.”

Bagaimanapun, Mustapha menekankan pemilihan Umno tidak boleh diadakan sekarang bagi menukar kedudukan Zahid kerana bimbang perpecahan kritikal boleh berlaku.


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu



Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker