Menteri ingatkan pengetua dan guru besar, jangan sekat guru bertukar

PETALING JAYA: Menteri Pendidikan, Radzi Jidin berkata, guru boleh membuat permohonan pertukaran sepanjang tahun susulan garis panduan baharu yang dikeluarkan kementeriannya.

Berdasarkan garis panduan baharu menggantikan garis panduan sedia ada yang dikeluarkan pada 1975, katanya, pengumuman pertukaran guru turut diubah kepada empat kali setahun berbanding dua kali sebelum ini.

“Sebelum ini, permohonan pertukaran juga memerlukan kelulusan guru besar atau pengetua, tetapi kini guru atau pengetua hanya dibenarkan memberi ulasan, tidak boleh menghalang pertukaran guru-guru.

“Justeru, perkara ini juga memberi peluang kepada semua guru, termasuk yang cemerlang untuk bergerak dari satu sekolah ke sekolah yang lain untuk menyumbang bakti,” katanya menurut laporan Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Kali Ke-51 yang bertemakan “Guru Tunjang Sekolah Sejahtera” di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Bachok hari ini.

Tahun lalu, katanya, 55% daripada keseluruhan permohonan pertukaran guru diluluskan kerajaan.

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker