Kampar kena ‘sekolah’ dengan Speaker Dewan Rakyat

Kampar kena ‘sekolah’ dengan Speaker Dewan Rakyat

Sesi perbahasan Titah Diraja di Dewan Rakyat, hari ini hangat seketika apabila Ahli Parlimen kerajaan bertengkar sesama sendiri mengenai isu telur ayam, memaksa Speaker Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul ‘menyekolahkan’ seorang wakil rakyat baharu.

Isu bermula apabila wakil rakyat kerajaan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) menegur Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan kerana mengimport telur ayam dari India bagi mengatasi isu kekurangan telur dalam negara.



Presiden MCA itu mendakwa tindakan berkenaan dilihat mendiskriminasi penternak tempatan kerana telur dari India yang bersaiz gred D dibenarkan dijual pada harga 50 sen sebiji, sedangkan telur gred A, B dan C dikeluarkan pengusaha tempatan terpaksa dijual pada harga di bawah 50 sen.

Ka Siong juga menyanggah kenyataan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu yang mendakwa kekurangan pekerja antara faktor kekurangan bekalan telur ayam ketika ini.

Ucapan Ka Siong yang dilihat seakan-akan ‘menyerang’ kerajaan, menyebabkan Chong Zhemin (DAP-Kampar) bangun mencelah kerana tidak bersetuju dengan ‘serangan’ itu.

Namun, Johari tidak membenarkan celahan kerana Ka Siong sudah pun mengakhiri ucapannya, selain waktu diperuntukkan kepada Ahli Parlimen Ayer Hitam itu juga sudah tamat, namun ia tidak dipedulikan Zhemin.



“Minta laluan sikit isu telur. Tadi dah hentam kerajaan, patut bagi ruang sikit untuk jawab. Tak boleh lepas hentam, nak lari.

“Kalau dah kritik, patut bagi ruang untuk jawab. Kenapa lari, takut?” soal Zhemin yang baharu pertama kali menjadi Ahli Parlimen selepas menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam nada tinggi.

Kemarahan Zhemin itu mengundang sindiran dalam kalangan Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) yang mempersoalkan mengapa Ahli Parlimen itu mahu bergaduh sedangkan beliau dan Ka Siong sama-sama dalam kerajaan.

Johari pula berulang kali meminta Zhemin duduk, namun Ahli Parlimen Kampar itu tetap berdegil, sebelum Speaker Dewan rakyat memarahi Zhemin dan mengajarnya peraturan perbahasan di Dewan Rakyat.



“Kampar kena dengar saya. Saya baru puji Yang Berhormat kerana berhemah. Duduk sebab yang (akan) menjawabnya menteri. Bila menteri jawab nanti, Kampar boleh tanya menteri. Itu peraturannya.

“Jadi (kamu selaku) orang baharu duduk, belajar dulu…Kampar, duduk,” katanya sebelum Zhemin akur dengan arahan itu. BH

Kampar kena ‘sekolah’ dengan Speaker Dewan Rakyat

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pelajar IPT dicekup ‘bergesel paha’ di tepi pantai

Mahathir sudah lakukan yang terbaik – Anwar



Johari dedah punca pertumbuhan ekonomi 8.7% tahun lepas



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker