Pandu van sekolah lawan arus, warga emas mengaku tergesa-gesa hantar pelajar
Pandu van sekolah lawan arus, warga emas mengaku tergesa-gesa hantar pelajar
Seorang lelaki warga emas yang memandu van sekolah secara berbahaya dan melawan arus di Jalan Lumut-Sitiawan, Perak, ditahan polis.
Ini susulan video tular berdurasi 19 saat yang dimuat naik oleh seorang pemilik akaun TikTok pada 6 petang semalam memaparkan tindakan pemandu itu.
Ketua Polis Manjung, Nor Omar Sappi berkata, lelaki berusia 74 tahun itu ditahan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung pada 8.20 malam, hari sama.
“Pemandu dan van sekolah berkenaan dibawa ke IPD Manjung untuk siasatan lanjut dan mendapati kejadian berlaku kira-kira 7.15 malam kelmarin. Ketika itu pemandu berkenaan membawa lapan pelajar sekolah berusia 13 dan 14 tahun.
“Lelaki itu mengaku van dipandunya dalam keadaan tergesa-gesa kerana mahu menghantar pelajar berkenaan pulang ke rumah masing-masing dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Perdana, Sitiawan,” katanya dalam kenyataan.
Sehubungan itu beliau berkata, polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan.
“IPD Manjung menyeru kerjasama orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya menghubungi Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05 6886222 atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya. FMT
Pandu van sekolah lawan arus, warga emas mengaku tergesa-gesa hantar pelajar
Baca Artikel Menarik:
- Ismail hulur sumbangan peribadi kepada keluarga pelajar USAS
- Anwar tak buat persediaan untuk debat – penganalisis
- Nelayan tangkap ikan pari gergasi
- Aksi lelaki berdua dalam tandas buat ramai pelik
- Hang gatal sangat, hang jawab – Sanusi
- Kerajaan hadapi tekanan hasil apabila PH hapuskan GST
- Halau nyamuk, tanam 7 jenis pokok ini
- Najib cadang Petronas ambil alih Sapura Energy
- 10 fakta Terowong Menora, jajaran maut di Banjaran Keledang
- Rosnah Mat Aris nafi bomohkan suami
- Baru nak bernyawa , kena banjir lagi – Tiara Jacquelina
- PAS cuba hantar mesej tersirat sebelum EGM Umno – Shabery
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu