Khairy janji banteras budaya kerja toksik di hospital

Khairy janji banteras budaya kerja toksik di hospital

Menteri Kesihatan bertekad membanteras budaya kerja toksik di hospital-hospital Kementerian Kesihatan (KKM).

Khairy yang menyifatkan suasana persekitaran kerja yang amat berbeza antara ‘zaman dahulu’ dan sekarang, mahukan supaya suasana hormat menghormati dan saling menyokong antara rakan sekerja perlu diwujudkan.

“Persekitaran kerja mesti ada saling menghormati, sokongan dan pemerkasaan, bukan bersifat mendera dan memalukan,” katanya menerusi hantaran di Twitter.

Dia berkata telah melawat dan mendengar pengalaman doktor pelatih di Hospital Selayang sebelum mereka melakukan rondaan pagi ini, selain turut memuat naik beberapa gambar hasil pertemuannya dengan mereka.

“Banyak perkara yang diluahkan kepada saya. Ada jabatan yang mempunyai persekitaran kerja yang bagus. Ada pula yang boleh diperbaiki,” katanya.

Pada 17 April lepas, seorang doktor pelatih lelaki berusia 25 tahun ditemukan maut dipercayai terjatuh dari unit kediamannya di bangunan berhampiran Hospital Pulau Pinang, dan semalam Khairy memaklumkan Unit Integriti KKM diarah menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan buli di hospital itu. Mk

Khairy janji banteras budaya kerja toksik di hospital


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Waze punya pasal terpaksa terokai hutan

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Baby Shima kena kecam lagi goyang pinggul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker