Pemandu Myvi putih pandu secara bahaya ditahan
Pemandu Myvi putih pandu secara bahaya ditahan
Polis menahan pemandu Myvi putih yang memandu secara berbahaya dan membuat provokasi terhadap pemandu lain, seperti tular di media sosial baru-baru ini.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Sarifudin Mohd Salleh, lelaki berusia 32 tahun itu ditahan sekitar Kuala Selangor, Isnin lalu.
“Pemandu kereta jenis Perodua Myvi putih yang menggunakan nombor pendaftaran palsu itu telah ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor pada 9 Mei.
“Suspek direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan semalam, menurut laporan Kosmo!.
Beliau berkata, JSPT telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu.
Katanya, mangsa atau pemilik video papan pemuka tersebut serta saksi kejadian diminta untuk tampil ke Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S.Lee bagi membantu siasatan.
Dalam kejadian itu, polis menerima laporan daripada seorang lelaki yang tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu Perodua Myvi terbabit.
Kejadian berlaku ketika mangsa sedang memandu, di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Taman Layang-Layang, namun secara tiba-tiba sebuah Perodua Myvi berwarna putih yang berada di hadapan, bertindak membrek sedikit demi sedikit.
Pemandu Myvi putih pandu secara bahaya ditahan
Baca Artikel Menarik:
- Sekarang paling sesuai buat PRU, bukan pemilihan Umno – Tok Mat
- Kerajaan Pulau Pinang jangan syok sendiri
- Pengharaman skuter elektrik: MCA tayang video ‘bukti’
- PU Syed Sokong Usaha Janna Nick Bina Pusat Tahfiz Sambil Tegur Netizen [VIDEO]
- Bos Eskayvie setuju RichWorks skim cepat kaya
- PAS perlu akui peranannya dalam kegagalan MN – Khairuddin
- PAS tak sedia ‘putus’ dengan Umno – Mursyidul Am
- Covid-19: `Saya tak ingat siapa isteri saya’
- Pengundi hantu PKR: Najib cadang Rafizi buat Himpunan Blackout
- Syahredzan wakil DAP bertanding di Bangi?
- Penunggang GPX GR200 maut ‘tercium’ belakang lori Scania
- Jiran selamba sidai pakaian basah dalam laman rumah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Sharifah Sakinah dikecam jahil samakan tandas dengan syurga