OPR naik: Siapa untung, siapa rugi?
OPR naik: Siapa untung, siapa rugi?
Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) pada Rabu perlu dilihat secara menyeluruh seiring proses pemulihan ekonomi negara.
Selain bakal berlaku kenaikan kepada pembiayaan boleh ubah, kenaikan OPR bakal memberi impak positif kepada pendeposit tetap.
“Mereka ini (pendeposit tetap) bakal menikmati pulangan yang lebih tinggi akibat daripada kenaikan OPR tersebut.
“Maksudnya, bagi mereka yang ingin menyimpan, mungkin ada duit lebihan dan hendak simpan dalam tempoh sebulan, dua, tiga bulan atau setahun, mereka bakal menikmati kadar keuntungan yang lebih menarik lagi.
“Kalau kita lihat tempoh matang deposit tetap selama 12 bulan, kalau tidak silap saya kadarnya adalah sekitar 1.8 peratus atau 2.0 peratus.
“Dengan kenaikan OPR ini, maka pulangan kepada deposit tetap ini bakal dinaikkan siring kenaikan OPR,” katanya ketika ditemu bual Niaga AWANI pada Khamis.
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM memutuskan untuk meningkatkan OPR sebanyak 25 mata asas kepada 2.0 peratus dalam mesyuarat MPC pada Rabu.
Dalam satu kenyataan, BNM memaklumkan kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR turut meningkat masing-masing kepada 2.25 peratus dan 1.75 peratus.
Peningkatan itu bagaimanapun tidak dijangkakan sebelum ini, apabila pakar-pakar ekonomi rata-rata mengunjurkan OPR akan kekal pada 1.75 untuk suku tahun ini, seperti dalam tinjauan yang dilakukan oleh organisasi media seperti Astro AWANI, Reuters dan Bloomberg. Awani
OPR naik: Siapa untung, siapa rugi?
Baca Artikel Menarik:
- Bank Negara tidak iktiraf kripto, bitcoin atau ethereum
- Suntik darah dalam makanan di pasar raya
- 5 mangsa rentung berhampiran Terowong Menora disahkan pelajar USAS
- Janda Baik ‘dihentam’ kepala air
- PRU15: BN atau PKR jadi pilihan?
- Kencing manis, darah tinggi tidak layak tunai haji
- Nasrudin tawar ‘formula penyatuan ummah’
- Pelajar IPT cedera ditumbuk, ditendang dan disamun
- Sudah pandu mabuk, cuba rasuah polis pula
- Kem terjun negara bolot lapan pingat emas
- Pemandu Myvi putih pandu secara bahaya ditahan
- Pelanggan kedai temui ulat dalam sambal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Waze punya pasal terpaksa terokai hutan
Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu
You must be logged in to post a comment.