5 Rentung: Nasrun Rakan Yang ‘Supportive’ – Aiman Tino

5 Rentung: Nasrun Rakan Yang ‘Supportive’ – Aiman Tino

Sahabat penyanyi Aiman Tino antara lima yang terkorban dalam kemalangan meragut nyawa berhampiran Terowong Menora, dekat Kuala Kangsar tengah malam tadi.

Aiman terkejut dan berduka apabila dimaklumkan mengenai insiden tragis yang menimpa sahabatnya,

Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar dalam kemalangan di Kilometer 245.2 Lebuh raya Utara Selatan (PLUS).

“Dia kawan lama saya sejak berada di bangku sekolah rendah lagi. Arwah kawan saya ketika kami sama-sama belajar di Sekolah Kebangsaan Pecah Kuala Kubu Bharu dan kami menyertai kumpulan nasyid bersama-sama.

“Jika cikgu-cikgu ingat kami pun kerana aktif menyertai nasyid. Walaupun jarang bersua, namun kami sering berkomunikasi di Instagram yang mana saling berbalas mesej di ruangan peribadi. Dia pun masih lagi menuntut di kolej.

“Dia seorang sahabat yang sangat ‘supportive’. Apa saja yang saya jual atau niaga, dia pasti beli. Jadi kehilangannya ini memberikan impak buat saya, malah dia juga pergi dalam keadaan mengejut. Semoga Allah SWT menempatkannya di kalangan mereka yang beriman,” kata Aiman.

Aiman turut memuat naik beberapa gambar kenangan terakhir sebelum arwah Nasrun terbabit dalam kemalangan itu.

Arwah Nasrun adalah antara lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) yang rentung dalam insiden meragut nyawa itu. Semua mangsa baharu memulakan pengajian selepas bercuti sempena sambutan Aidilfitri.

Nahas membabitkan keseluruhan sebanyak lapan mangsa, dengan lima daripadanya yang menaiki kereta maut di tempat kejadian manakala dua pemandu treler dan seorang kelindan terselamat.-HM

5 Rentung: Nasrun Rakan Yang ‘Supportive’ – Aiman Tino

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Waze punya pasal terpaksa terokai hutan

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Baby Shima kena kecam lagi goyang pinggul

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker