54,000 ahli PKR ‘meragukan’ masih boleh undi

54,000 ahli PKR ‘meragukan’ masih boleh undi

PKR membenarkan sebahagian ahlinya yang dianggap meragukan oleh Rafizi Ramli untuk mengundi dalam pemilihan parti, tetapi mereka tertakluk kepada lapisan pemeriksaan tambahan selepas mengundi.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PKR (JPP), Dr Zaliha Mustafa berkata, pengundi itu akan diletakkan dalam kategori khas “pengundi meragukan” dan akan diminta mengisi borang tertentu sebelum mereka dibenarkan mengundi.

Baru-baru ini, Rafizi mendakwa kira-kira 54,000 nama dalam senarai kelihatan meragukan dan layak mengundi, selain 1,500 daripada mereka mempunyai nombor telefon sama.

Zaliha berkata, dakwaan pengundi meragukan itu berpunca daripada sistem keahlian legasi yang berkembang daripada borang keahlian manual kepada sistem dalam talian sekarang.

Katanya, ia juga mungkin disebabkan data salah yang dimasukkan untuk mengelakkan tindakan keras pihak berkuasa ketika kemuncak era reformasi pada 1998.

“Kita tidak boleh menafikan hak mengundi mereka (yang didakwa meragukan). Dalam keadaan seperti ini, kami meletakkan mereka dalam kategori pengundi meragukan dan mereka akan dibenarkan mengundi. Mereka perlu mengisi Borang 11 secara fizikal di pusat mengundi,” katanya kepada FMT.

BERITA LANJUT MENYUSUL

54,000 ahli PKR ‘meragukan’ masih boleh undi


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


5 anggota polis disyaki curi barang kemas ketika serbuan

Sharifah Sakinah dikecam jahil samakan tandas dengan syurga

Kecoh Britney Spears belanja gambar bogel

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker