Perjanjian Pandemik Antarabangsa, jangan sampai tergadai kedaulatan negara
PETALING JAYA: Kerajaan perlu mengkaji isi kandungan Perjanjian Pandemik Antarabangsa sebelum mempertimbangkan langkah menyertai negara-negara lain bagi mengelak ‘terjerat’ sehingga terpaksa menggadai kedaulatan kepada kuasa luar.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, sumber memberitahu, bagi urusan menandatangani piagam atau perjanjian yang kompleks, kerajaan perlu mendapatkan maklum balas pelbagai pihak bagi memastikan usaha meratifikasinya tidak menjejaskan kedaulatan negara.
“Kesedaran perlu dibangkitkan kepada pentadbir dan orang awam akan kesan perjanjian tersebut. Kalau ada komentar daripada media atau penulis mengenai perkara ini, memang sangat baik sekali. Jangan sampai peringkat ditandatangani dahulu, baru heboh memberi reaksi dan salah menyalahkan (antara satu sama lain),” kata sumber di sini semalam.
Pada 1 Disember 2021, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kenyataan berkata, Perhimpunan Majlis Kesihatan Sedunia bersetuju untuk memulakan proses global bagi merangka dan merunding konvensyen, perjanjian atau instrumen antarabangsa lain di bawah Perlembagaan Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
Ia bagi mengukuhkan langkah pencegahan, kesiapsiagaan dan tindak balas terhadap pandemik Covid-19.
Perjanjian global untuk mengukuhkan pencegahan dan tindak balas terhadap wabak itu dijangka siap pada Mei 2024, dan difahamkan Britain, Kesatuan Eropah (EU) serta kira-kira 70 negara lain telah mendesak agar perjanjian antarabangsa diwujudkan bagi mengawal pandemik Covid-19.
Usaha kerajaan menyertai negara-negara yang menyokong perjanjian tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada masyarakat, dengan sebuah petisyen bertajuk ‘Desak Kerajaan Malaysia tolak global pandemic treaty’ ditandatangani 5,413 orang mulai 27 April sehingga 8 Mei lalu.
Sementara itu, bekas pensyarah undang-undang Universiti Malaya (UM), Mejar (B) Mior Rosli Mior Mohd. Jaafar berkata, kerajaan tidak perlu mengikut telunjuk pihak luar dalam menentukan polisi negara sendiri bagi mengawal Covid-19.
“Perjanjian Pandemik Global ini mungkin mengandungi agenda halus WHO untuk menjejaskan kedaulatan negara kita. The devils are always in the details, maka kerajaan perlu berhati-hati sebelum menandatangani sebarang perjanjian antarabangsa membabitkan WHO dan agenda pengawalan pandemik Covid-19.
“Ini sama seperti kontroversi membabitkan Statut Rom dan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Yang mana apabila diteliti, terdapat klausa dalam perjanjian tersebut yang akan menjejaskan kedaulatan Perlembagaan kita yang sedia ada,” katanya.
Sementara itu, Utusan Malaysia difahamkan, wakil Malaysia akan ke Geneva bagi menghadiri mesyuarat yang membincangkan perkara itu, hujung bulan ini.
Sumber UTUSAN
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- ‘Kami Ni Melompat Untuk Rakyat, Bah!’ – Mohammadin Ketapi
- Bagi Anju peluang jadi ustazah ye..
- Geram kereta laju jalan kampung, lelaki ‘tembak’ speed trap kasi gempaq (Video)
- Ramai terciduk beli saham Serba Dinamik
- Debat Najib-Anwar, bukan soal kalah menang, tetapi pilihan rakyat
- Ramai termakan janji PH hapuskan hutang PTPTN: Asyraf Wajdi
- Gagal selesai masalah air, Pas Kelantan fitnah UMNO
- 30 tahun masalah air, rakyat Kelantan terpaksa guna telaga
- Adakah Pua bakal ikut jejak Ong tak tanding PRU15?
- ‘BN Biarlah Dengan BNnya’ – Ahmad Shabery
- Paksa KM letak jawatan tohmahan tidak berasas – Ab Rauf
- Fenomena langit berwarna merah resahkan penduduk bandar di China
Layari Laman Facebook MYKMU.NET