Harga minyak masak mahal dan sukar dijangka

Harga minyak masak mahal dan sukar dijangka

Minyak masak di pasaran telah mengalami peningkatan harga secara mendadak khususnya jika dibandingkan dengan 2018 dan 2019, iaitu sebelum berlakunya pandemik.

Pada masa itu, harga minyak masak sebatian lima kilogram untuk cap helang dan pisau adalah sekitar RM30 hingga RM35, tetapi kini telah melonjak ke RM45.

Untuk cap Buruh, Seri Murni dan Saji pula, harga mereka adalah di bawah RM30 kerana menerima subsidi dan harganya dikawal.

Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Peniaga-Peniaga Barang-Barang Runcit Malaysia, Hong Chee Meng berkata, pelbagai faktor termasuk kekurangan pekerja ladang sawit semasa pandemik telah mendorong keadaan itu.

“Jika buah sawit yang masak tidak dituai kerana kekurangan pekerja, maka buah itu akan rosak dan menjejaskan pengeluaran dan harga pasaran,” katanya kepada China Press.

Tambahnya, perang di Ukraine, pergolakan nilai ringgit dan kos pengangkutan maritim yang tinggi juga mendorong kenaikan harga minyak masak.

“Selagi kedamaian gagal dicapai antara Rusia dan Ukraine, maka seluruh dunia akan terjejas,” katanya.

Menurutnya, adalah sukar untuk menjangkakan sama ada harga minyak masak akan meningkat atau menurun kerana keadaan itu ditentukan banyak faktor.

“Walaupun kerajaan mula meluluskan pengambilan pekerja asing untuk ladang sawit, tetapi tiga faktor lain masih membelenggu kestabilan harga minyak masak,” katanya. MG

Harga minyak masak mahal dan sukar dijangka


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Intan Najuwa calon menantu ‘limited edition’

Janna Nick persetan netizen

Mimy Fly terkilan teman lelaki dipanggil negro

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker