“Ko dah lekat ke nyahh”, Azwan perli Zizi Kirana

“Ko dah lekat ke nyahh”, Azwan perli Zizi Kirana

Penyanyi Zizi Kirana memaklumkan bahawa dia tidak berasa kecil hati atau tersinggung dengan hantaran twit yang dibuat pengacara popular, Azwan Ali yang mempersoalkan sama ada dia kini sudah berbadan dua.

Kata isteri kepada pelakon Yusuf Bahrin ini lagi, dia menganggap status Azwan Ali itu sebagai satu doa buat dirinya agar dikurniakan cahaya mata secepat mungkin.

Malah, ujarnya lagi, dia menganggap Azwan sebagai seorang yang kelakar apabila pengacara itu menulis “Kau dah lekat ke nyah? Kuat drama hot kau! Kannz? Dapat pucuk muda? Laju ek ko? Ko ghase??” di laman sosial Twitter miliknya.

Sejujurnya,saya tak ada pun terasa hati atau kecil hati dengan status Diva AA itu, Malah saya rasa dia seorang yang kelakar. Tak ada apa pun nak dimarahkan dengan kata-kata dia. Lagipun bagi saya kata-kata itu satu doa. Mungkin dia mendoakan saya untuk dikurniakan zuriat.

Terdahulu, media hiburan tempatan melaporkan bahawa Yusuf Bahrin melarang isterinya itu mengangkat benda-benda berat selepas mereka mendirikan rumah tangga sehingga membuatkan Zizi berasa kekok.

Ia kemudian menjadi tumpuan peminat termasuklah Azwan Ali.

Zizi dalam pada itu tampil menafikan dirinya kini hamil berikutan Yusuf melarang dia membuat perkara-perkara tersebut.

“Berkenaan saya tak boleh nak buat kerja berat itu bukanlah fasal mengandung saja. Hamil atau tidak, Yusuf memang tidak benarkan saya angkat benda berat..” jelas Zizi yang dihubungi sebuah media, hari ini. Bn

“Ko dah lekat ke nyahh”, Azwan perli Zizi Kirana


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Pasangan 50 tahun ke atas lebih nikmat hubungan intim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker