Senarai pemain dah ada dalam tangan Cklamovski

Senarai pemain dah ada dalam tangan Cklamovski

Senarai pemain dah ada dalam tangan Cklamovski
CKLAMOVSKI hadapi ujian pertama menentang Nepal pada 25 Mac.

Kuala Lumpur: Meskipun skuad baharu Harimau Malaya dianggap masih misteri, barisan kejurulatihan yang diketuai Peter Cklamovski pasti tidak duduk diam untuk menyiapkan senarai pemain yang akan dipanggil.

Tidak sampai sebulan lagi Harimau Malaya akan berdepan Nepal dalam aksi sulung Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2027, beberapa nama pemain yang akan dipanggil sudah berada dalam tangan Cklamovski.

Kalendar perlawanan antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bulan ini akan bermula dari 17 hingga 25 Mac dan barisan pemain pilihan pengendali dari Australia itu dijangka diumumkan minggu depan.

Bekas pengendali skuad kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan percaya bahawa barisan kejurulatihan Harimau Malaya yang ada ketika ini sudah melakukan analisis dan pemantauan rapi dalam memilih pemain yang akan dipanggil.

“Sebelum memanggil pemain, mereka (barisan jurulatih) mesti buat analisis dulu, tak boleh panggil begitu sahaja. Pemain naturalisasi pun bukan automatik boleh berada dalam pasukan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Pertembungan 2 Kem Pemimpin Tertinggi PAS Semakin Panas


“Sekarang ini saingan Liga Malaysia (Liga M) sedang berlangsung, jadi staf kejurulatihan memantau serta menilai prestasi pemain sebelum dipanggil ke kem skuad kebangsaan,” katanya.

Nepal yang menghuni ranking 175 dunia pula dilaporkan akan menghadapi perlawanan persahabatan berdepan Singapura pada 21 Mac ini dengan aksi itu juga dianggap pemanas badan bagi mereka sebelum menentang Malaysia.

Pembentukan skuad negara kali ini juga menjadi tumpuan hangat dengan peminat masih ternanti-nanti mengenai siapa pemain warisan baharu Harimau Malaya dan adakah pemain berkenaan akan bersama Harimau Malaya bagi aksi berdepan Nepal.

Selain itu, Wan Jamak turut mengakui beliau sendiri masih tertanya-tanya mengenai siapa pemain yang akan menjadi taruhan Cklamovski dalam ujian pertamanya sebagai pengendali Harimau Malaya.

“Kita tiada bayangannya dengan banyak nama pemain warisan yang diwar-warkan. Sekarang kita juga tak tahu sama ada pemain seperti Safawi (Rasid), Akhyar (Rashid) dan sebagainya akan dipanggil atau tidak.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wajarkah UMNO Terus Membisu Dalam Isu Yang Berkaitan Rakyat?


“Kali ini kita tak tahu siapa yang mungkin dipanggil, sama ada pemain dalam liga tempatan atau pemain luar negara. Jika pemain (warisan) luar negara datang sebagai pemain terbaik, mungkin corak latihan lebih kepada taktikal sahaja.

“Namun, mereka mungkin perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan beberapa aspek termasuk cuaca. Jadi perkara itu kena diambil kira untuk bentuk pasukan,” katanya.

 

Senarai pemain dah ada dalam tangan Cklamovski


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Apa Sudah Jadi Dengan KWSP?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker