Taat Permintaan Suami Beri Tempoh Selama 2 Tahun, Pelakon Ellie Suriaty Terbuka Hati Suntik Vaksin

Taat Permintaan Suami Beri Tempoh Selama 2 Tahun, Pelakon Ellie Suriaty Terbuka Hati Suntik Vaksin

MENOLAK tanggapan ramai sebagai seorang anti vaksin, pelakon Ellie Suriaty yang dahulunya enggan menerima suntikan bahan pelali Covid-19 itu kini sudah lengkap vaksinasi sejak tahun lalu.

Aktres berusia 52 tahun itu mengakui sudah mengambil suntikan pertama vaksin jenis Sinovac pada penghujung Oktober manakala dos kedua pada November tahun lalu.

Ellie turut menegaskan pendiriannya sebelum ini yang enggan menerima suntikan tersebut bukan kerana anti vaksin sebaliknya hanya menyuarakan keraguan terhadap bahan pelali yang dicipta dalam masa enam hingga lapan bulan saja.

“Ya… saya sudah lengkap vaksinasi. Saya ambil suntikan pertama vaksin jenis Sinovac pada penghujung Oktober dan suntikan kedua pada November tahun lalu.

“Apa yang saya ingin jelaskan, saya bukan anti vaksin. Saya cuma persoalkan dan menyuarakan tentang vaksin Covid-19 yang dicipta dalam masa enam hingga lapan bulan saja.

“Tak tepat panggil saya anti vaksin. Pada saya, tak salah untuk menyuarakan. Saya bercakap selepas membuat kajian. Saya tak main cakap saja. Tak ada siapa nak dijangkiti Covid-19.

“Masing-masing ada cara tersendiri untuk mencegah diri daripada wabak tersebut. Sepanjang saya tak ambil vaksin, tak kena pun jangkitan (Covid-19),” kata Ellie kepada mStar.

Ellie berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di majlis pelancaran dan sidang media filem seram terbaharu berjudul Telaga Suriram di The Majapahit, Mont Kiara, Kuala Lumpur pada Selasa

Sebelum ini mStar melaporkan Ellie dan dua anak mereka yang berusia 17 serta 12 tahun enggan menerima suntikan vaksin Covid-19 atas sebab-sebab keselamatan dan kesihatan.

Malah menerusi laporan mStar pada 28 September lalu, Ellie turut mendedahkan suaminya iaitu aktor Azri Iskandar sudah mengambil suntikan vaksin tanpa pengetahuannya demi tuntutan kerja.

Dalam pada itu, Ellie memberitahu dia akur menerima suntikan tersebut selepas tempoh dua tahun yang diberikan oleh suaminya untuk menyuarakan tentang vaksin tersebut sudah tamat.

Malah Ellie menegaskan sebab utama dia terbuka untuk menerima suntikan kerana menghormati pendirian dan patuh kepada suaminya.

“Suami memberi tempoh kepada saya selama dua tahun untuk menyuarakan tentang vaksin Covid-19. Jadi, sudah tiba masanya untuk saya dan anak mengikut katanya.

“Jadi, sebab utama saya ambil suntikan vaksin kerana patuh pada suami. Selagi dia masih suami, saya kena dengar katanya dan hormatinya sebagai suami.

“Tapi saya ada cakap pada dia, apa-apa terjadi kepada saya dan anak kami, dia kena tanggung la,” ujarnya-mSTAR

Taat Permintaan Suami Beri Tempoh Selama 2 Tahun, Pelakon Ellie Suriaty Terbuka Hati Suntik Vaksin

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Rumah mewah atas bukit di Shah Alam untuk dijual RM17j (Video)

Ustaz Abu Syafiq mengaku tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker