Pemuda PPBM gantung 2 pemimpin termasuk Adun ditahan kes dadah

Pemuda PPBM menggantung ketuanya di Selangor, Adhif Syan Abdullah dan Penolong Setiausaha sayap itu, Ahmad Redzuan Mohamed Shafi, selepas mereka dinamakan antara 17 individu ditahan dalam serbuan polis di sebuah kondominium di Puchong Ahad lalu.

Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata penggantungan 2 pemimpin itu untuk membantu siasatan polis dalam kes itu.

Adhif menafikan beliau antara individu ditahan, tetapi mengakui berada di tempat kejadian ketika serbuan dijalankan.

Adun Dengkil itu dilaporkan berkata, beliau “di tempat yang salah dan pada masa yang salah” kerana ke kondominium itu untuk menghadiri perbincangan.

Sehingga kini, polis enggan mendedahkan identiti 17 individu itu, tetapi Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador mengesahkan ia membabitkan seorang VVIP.

“Polis sudah kenal pasti VVIP yang terbabit dalam kes membabitkan dadah. Saya rasa anda (media) tahu,” katanya pada sidang media Isnin lalu.

Polis turut merampas 0.8g ketamin dalam serbuan itu dan hasil ujian air kencing pertama menunjukkan 16 daripada 17 individu itu positif dadah.

FMT

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker