Tukang kebun sekolah ditahan bantu siasatan kes bunuh

Seorang tukang kebun ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh melibatkan seorang lelaki dalam kejadian di pondok pengawal sebuah sekolah di Bandar Seri Botani di sini semalam.

Mangsa warga tempatan berusia 43 tahun itu maut selepas dipukul suspek dalam satu pergaduhan pada hari berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, maklumat kejadian itu diterima pusat kawalan daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pada pukul 3.34 pagi.



Katanya, siasatan di lokasi kejadian mendapati terdapat seorang lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri, bersandar di dinding pondok pengawal tersebut.

“Pemeriksaan oleh petugas ambulans dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) mendapati mangsa telah pun meninggal dunia.

“Sehubungan itu, seorang lelaki berusia 55 tahun yang merupakan tukang kebun di sekolah berkenaan telah pun ditahan untuk siasatan lanjut selain merampas senjata yang digunakan suspek,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa kerana kecederaan di bahagian abdomen akibat objek tumpul.



Katanya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh hari ini untuk permohonan reman bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dijalankan.

“Dengan tertangkapnya suspek, maka kes ini telah selesai. Pihak polis akan melengkapkan siasatan dan merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kahwin wanita Kazakhstan tak perlu wang hantaran – Fadlan Hazim

Adik lelaki bongkar Shila Amzah jual rumah sebab duit



Jangan nanti malaikat maut pun kau maki

GV10: Sah Elly Mazlein undur diri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker