Pengarah bahagian kementerian direman SPRM

Seorang pengarah bahagian sebuah kementerian berpangkat Datuk antara tiga individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki menerima rasuah secara bulanan dengan jumlah besar daripada kontraktor bagi mendapat projek di kementerian tersebut.

Selain pengarah itu, dua lagi ditahan ialah masing-masing perunding projek dan pengarah syarikat binaan.

Kesemua suspek lelaki berusia lingkungan 40-an ditahan di sekitar Putrajaya dan Ibu Pejabat SPRM Putrajaya antara 11 pagi hingga 9 malam ketika hadir memberi keterangan.



Menurut sumber, wang rasuah tersebut merupakan bayaran daripada kontraktor dilantik oleh kementerian sebagai balasan untuk mempercepatkan proses bayaran tuntutan, membantu meluluskan Arahan Perubahan Kerja (Variation Order) dan Lanjutan Tempoh Masa (Extension of Time) projek.

Kata sumber itu lagi, suspek juga dipercayai menerima suapan secara bulanan selain mendapat sogokan seperti barangan mewah untuk kegunaan peribadi.

“Pengarah tersebut direman tujuh hari selepas Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan itu. Manakala dua lagi suspek direman tiga hari bermula hari ini,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. FMT



Pengarah bahagian kementerian direman SPRM

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nikita Mirzani tetap solat Subuh walaupun mengaku berzina dengan teman lelaki



Dipaksa makan daging babi, dirogol jika ‘scammer’ gagal capai sasaran jualan

Anak artis wanita popular dihukum penjara



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker