Saya kasihan dengan Sulaiman – Jailani Khamis

Saya kasihan dengan Sulaiman – Jailani Khamis

Ayer Keroh: Semua pihak perlu menyokong kepemimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri Melaka yang dilihat mengutamakan kebajikan rakyat sejak menerajui negeri ini dua tahun lalu.

EXCO Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri Datuk Muhamad Jailani Khamis berpendapat, peribadi Sulaiman yang sentiasa merendah diri, selain mementingkan kesejahteraan rakyat menjadi faktor utama kepemimpinan beliau perlu diteruskan.



Justeru, katanya, beliau tidak menolak kemungkinan sekiranya ada pihak yang cuba untuk menggugat kelancaran kepemimpinan Sulaiman ketika ini bakal menyebabkan kepercayaan dan sokongan rakyat kepada kerajaan akan terhakis.

“Pendirian saya, kita kena sokong Sulaiman sebagai Ketua Menteri kerana beliau seorang yang baik. Dia sangat sayangkan rakyat dengan menjaga kebajikan rakyat dan saya yakin rakyat sangat sayang dan suka kepada beliau.

“Banyak program kebajikan dilaksanakan terutama sejak mula-mula negara dilanda Covid-19, termasuk menyalurkan bantuan 1,000 kit makanan untuk setiap Dewan Undangan Negeri (Dun) selain membantu mangsa banjir, peniaga kecil serta golongan B40 di Melaka,” katanya pada sidang media di Taman Tasik di sini, hari ini.

Ditanya sama ada wujud gerakan memaksa Sulaiman untuk menandatangani surat peletakan jawatan, Muhamad Jailani yang juga Ketua Penerangan Umno Bahagian Alor Gajah enggan menjawabnya.



“Mengenai perkara itu, saya ‘no komen’ (tiada ulasan), tapi saya sangat kasihan dengan (keadaan) Sulaiman. Dia baik dan jenis pemimpin yang buat kerja. Saya kasihan dengan dia,” katanya.

Baru-baru ini, ada dakwaan dimuat naik di laman sosial Facebook kononnya Sulaiman dipaksa menandatangani surat peletakan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.

Perkara itu disahkan Pemangku Ketua Umno Bahagian Alor Gajah Datuk Rospandi Leman, namun dinafikan Ketua Umno Bahagian Tangga Batu Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad.

Semalam, Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dilaporkan berkata, tiada dalam pengetahuannya sama ada secara langsung atau tidak langsung yang memaksa Sulaiman menandatangani mana-mana dokumen untuk meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.



Kata Ab Rauf, dakwaan itu adalah tuduhan liar bertujuan untuk memecahbelahkan Umno Melaka yang pada ketika ini sedang bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15). HM

Saya kasihan dengan Sulaiman – Jailani Khamis


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Intan Najuwa calon menantu ‘limited edition’

Janna Nick persetan netizen



Mimy Fly terkilan teman lelaki dipanggil negro

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker