‘BN Biarlah Dengan BNnya’ – Ahmad Shabery

‘BN Biarlah Dengan BNnya’ – Ahmad Shabery

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengakui bersetuju dengan kenyataan Pas bahawa penyatuan ummah lebih besar daripada kerjasama politik untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Bagaimanapun, beliau menegaskan, Pas terlebih dahulu telah memilih Perikatan Nasional (PN) untuk menentang Barisan Nasional (BN) dalam dua Pilihan Raya Negeri (PRN) sebelum ini.

“Pas sudah mengenepikan warna hijaunya sendiri memilih biru PN untuk lawan BN.

“BN biarlah dengan BNnya. Medan tempur telah kita lalui bersama di Melaka dan Johor. Kata-mengata, gelar-menggelar sudah dilemparkan. No hard feelings. Nothing personal.

“Selepas itu masing-masing masuk pejabat dan bermesyuarat bersama dalam sebuah kerajaan,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Isnin.

Pada Ahad, Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan bahawa Pas masih berpendirian penyatuan ummah adalah lebih besar daripada penyatuan politik kepartian atau kerjasama politik dalam menghadapi PRU15.

Menurutnya, ummah juga tidak akan berpecah tanpa kerjasama politik.

“Ulang balik di PRU15. Kalau ada rezeki boleh duduk sekali lagi bersama dalam kerajaan.

“Khabarnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pun sedang cari khemah besar. Cari formula nak jadi Perdana Menteri ke-10. Mudahan Pas tak ditinggalkan. Kalau ada rezeki, tak kira dengan siapa, Pas tetap dalam kerajaan.

“Ummah tak pecah pun tanpa kerjasama politik. chill, relaks dan sejukkan hati,” katanya.-SH

‘BN Biarlah Dengan BNnya’ – Ahmad Shabery

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemandu bawah umur, pemilik MPV langgar mati dikena tindakan berat

Sakit hati tengok Maria Farida terlalu lawa

Muda didesak jelaskan kes manipulasi saham penny stock

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker