Polis buru pemandu Myvi putih ugut hayun kayu, pandu bahaya (Video)

Polis buru pemandu Myvi putih ugut hayun kayu, pandu bahaya (Video)

Satu kertas siasatan dibuka berhubung kes pemandu Myvi putih yang memandu secara berbahaya dan bertindak menghayun sebatang kayu kepada pemandu lain, di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), seperti yang tular di media sosial, hari ini.

Ketua Polis Sentul Beh Eng Lai, berkata pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki, pada 9 malam tadi, susulan tidak berpuas hati dengan tindakan pemandu Perodua Myvi itu.

Katanya, kejadian berlaku ketika mangsa sedang memandu, di Jalan MRR2, berhampiran Taman Layang-Layang, namun secara tiba-tiba sebuah Perodua Myvi berwarna putih yang berada di hadapan, bertindak membrek sedikit demi sedikit.

“Ia menyebabkan mangsa hampir berlanggar dengan kereta terbabit sebelum suspek mengeluarkan sebatang kayu panjang melalui tingkap keretanya sambil menjerit-jerit, namun mangsa tidak pasti apa yang dituturkan lelaki itu.

“Mangsa mengabaikan perkara itu dan meneruskan pemanduan seperti biasa, namun kejadian yang dialami mendatangkan kegusaran kepadanya,” katanya dalam kenyataan.

Beh berkata, polis kini sedang mengesan suspek dalam video dirakam mangsa untuk membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan menakutkan secara jenayah.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan pegawai penyiasat Ahmad Syukor di talian 012-76774731 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di talian 03-40482222,” katanya. FMT

Polis buru pemandu Myvi putih ugut hayun kayu, pandu bahaya (Video)


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker