Masjid mesra alam Perancis yang pertama

Masjid Besar Massy, Perancis menarik perhatian ramai dengan struktur kubah kaca selain menara masjid yang sebahagian besar juga diperbuat menggunakan kaca.

PARIS – Dikenali sebagai masjid mesra alam yang pertama di Perancis, Masjid Besar Massy satu yang unik daripada segi penjimatan tenaga dan penggunaan sumber semula jadi secara cekap.

Masjid yang dibina di Massy, ​​dipinggir selatan Paris, menarik perhatian ramai dengan struktur kubah kaca selain menara masjid yang sebahagian besar juga diperbuat menggunakan kaca serta tingkap dari lantai hingga ke siling, menurut Agensi Anadolu.

Dengan dinding penebat dua lapisan, sistem pemanasan bawah lantai dan lampu LED, ia memastikan penggunaan sumber tenaga yang cekap.

Masjid yang dirasmikan pada 2019 itu menggunakan air hujan yang ditadah bagi tujuan pembersihan dan penyiraman tumbuhan hijau.

Bumbung masjid mempunyai salutan vegetatif menghalang kehilangan tenaga dan haba serta menghasilkan oksigen, tambahnya.

Masjid itu menelan belanja hingga €4.5 juta (U$4.74 juta) keseluruhan dan dibina atas sumbangan umat Islam di Massy dan seluruh Perancis.

Mahmoud Ismail, pengerusi Majlis Umat Islam di Massy, berkata pembinaan masjid itu berdasarkan ajaran Nabi Muhammad 1,400 tahun lalu dan mengambil kira prinsip ekologi dalam al-Quran.

“Nabi Muhammad menggalakkan perlindungan terhadap tumbuh-tumbuhan dan haiwan, serta mengelakkan pembaziran,” kata Ismail. – Bernama

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker