Beri Perhatian Dan Kasih Sayang Pada Ibu – Ismail

Beri Perhatian Dan Kasih Sayang Pada Ibu – Ismail

Bersempena Hari Ibu yang disambut, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengingatkan anak-anak agar memberi kasih sayang sepenuhnya kepada ibu semasa mereka masih ada.

Dalam catatan di laman Facebooknya, beliau yang mengucapkan Selamat Hari Ibu berkata jasa ibu tidak terbalas, dan wang ringgit bukan segala-galanya, tetapi kasih sayang dan perhatian memadai menjadi pengubat hati yang penuh kerinduan.



“Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia. Begitulah diumpamakan kehebatan seorang ibu dalam mencorak hidup anak supaya menjadi insan yang berguna dan berjasa dalam pembangunan negara,” katanya.

Ismail Sabri Yaakob turut tidak ketinggalan mengimbau semula kenangan bersama arwah ibunya, Wan Jah Wan Mamat dalam mendidiknya menjadi seorang insan berguna.

Ismail Sabri berkata ibunya banyak mencorak hidupnya agar dapat menjadi insan yang berbakti kepada seluruh Keluarga Malaysia dan mendidik beliau serta adik beradik dengan penuh kasih sayang.

“Kami anak kampung yang serba kekurangan dan arwah maklah yang menyempurna dan membahagiakan kami dengan cara mak yang tersendiri. Kelembutan dan keikhlasan arwah mak dalam membesarkan anak-anak dengan begitu tabah sekali.



“Terima kasih mak atas segala jasa yang dicurahkan… yang tidak mampu insan bergelar anak membalas jasa mak,” katanya.

Beri Perhatian Dan Kasih Sayang Pada Ibu – Ismail


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang



Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker