Lelongan berlian putih dijangka raih RM131 bilion

GAMBAR menunjukkan berlian putih The Rock berbentuk buah pir seberat 228.31 karat. – AFP

GENEVA – Christie’s mengumumkan berlian putih terbesar pernah dilelong akan dijual di Geneva pada minggu depan, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Christie’s bakal menampilkan berlian dengan berat lebih 200 karat itu ketika lelongan pada 11 Mei akan datang.

Batu berlian putih berbentuk buah pir seberat kira-kira 228.31 karat bernama The Rock itu bersaiz sebesar bola golf.

Ia dijangka dijual sekitar harga AS$30 juta (RM131 bilion), kata firm itu.



“Ini adalah batu berlian berbentuk pir simetri yang sempurna dan menjadi salah satu permata paling jarang pernah dijual di firma lelongan,’’ kata Ketua Jabatan Barang Kemas Christie’s di Geneva, Max Fawcett.

Setelah dilombong di Afrika Selatan pada awal 2000-an, The Rock dipakai oleh bekas pemiliknya sebagai rantai Cartier.

Rekod lelongan sebelumnya untuk berlian putih adalah sebiji permata 163.41 karat yang dijual pada 2017. – Agensi

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…



Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker