Polis siasat video tular dakwa anggota trafik iring kenderaan milik anak ahli Parlimen

Polis siasat video tular dakwa anggota trafik iring kenderaan milik anak ahli Parlimen

Polis Pulau Pinang melakukan siasatan terperinci susulan satu video tular yang menunjukkan seorang lelaki memandu kenderaan sambil diiringi dua anggota polis trafik menggunakan motosikal milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Jalan Bukit Gambir.

Menurut Ketua Polis negeri Mohd Shuhaily Mohd Zain, satu kertas siasatan tatatertib juga telah dibuka terhadap dua anggota polis terbabit selepas rakaman berdurasi 20 saat itu tular di media sosial sejak semalam.

“Pada Sabtu (semalam) kira-kira jam 8.36 malam terkesan satu rakaman video yang tular berdurasi 20 saat, dimuat naik oleh pemilik akaun anwarazeez.

“Rakaman tersebut memaparkan seorang lelaki (orang awam) memandu sebuah kenderaan dan diiringi dua anggota polis trafik menggunakan motosikal milik PDRM.

“Kita mengesahkan kejadian yang berlaku di Jalan Bukit Gambir itu dan pihak polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai polis yang melakukan salah laku berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Bernama.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Bakri Zainal Abidin berkata Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) sedang menyiasat insiden itu.

“Sebarang salah laku atau tindakan yang bukan dalam bidang tugas, pihak JSPT Bukit Aman tidak akan berkompromi dalam isu-isu sebegini,” katanya ketika dihubungi FMT.

Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial Facebook, dua anggota polis trafik kelihatan sedang mengiringi kenderaan yang didakwa dipandu oleh seorang anak ahli Parlimen.

Video itu dikecam warganet kerana tidak berpuas hati dengan individu terbabit yang menggunakan khidmat anggota polis trafik untuk meredah kesesakan jalan raya di Pulau Pinang. FMT

Polis siasat video tular dakwa anggota trafik iring kenderaan milik anak ahli Parlimen


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker