Lelaki ditahan bantu siasatan kes buli remaja OKU di Taiping

Lelaki ditahan bantu siasatan kes buli remaja OKU di Taiping

TAIPING: Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes seorang remaja orang kurang upaya (OKU) yang dipercayai ditampar dan dibuli di kawasan Taman Tasik Taiping di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping Osman Mamat berkata suspek yang tidak bekerja berumur 22 tahun itu ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping pada 10.45 malam tadi.

“Suspek ditahan reman tiga hari mulai hari ini hingga Selasa,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, polis mengesan satu video berdurasi seminit dua saat yang ditularkan di laman sosial Facebook bertajuk ‘Budak OKU lelaki Melayu kena tampar dan dibuli di Taman Tasik Taiping’.

Ekoran daripada penularan video tersebut, pihak polis telah membuka satu kertas siasatan di bawah Seksyen 323 dan 506 Kanun Keseksaan.

Osman berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, mangsa berumur 13 tahun seorang diri beriadah menggunakan basikal di taman itu dan motif kejadian berpunca apabila suspek ingin meminjam basikal milik mangsa.

Beliau berkata mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan siasatan sedang diteruskan. FMT

Lelaki ditahan bantu siasatan kes buli remaja OKU di Taiping


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker