Sukan SEA: Langkah Kanan Buat Malaysia Selepas Tewaskan Thailand 2-1 [VIDEO]

Sukan SEA: Langkah Kanan Buat Malaysia Selepas Tewaskan Thailand 2-1 [VIDEO]

Malaysia menumpaskan pasukan gergasi bola sepak Asia Tenggara, Thailand 2-1 dalam saingan kumpulan B Sukan SEA Hanoi 2022 yang mendebarkan pada malam ini.

Skuad bimbingan Brad Maloney, berjaya mematahkan hasrat Thailand yang mula mendahului dalam aksi babak pertama hasil jaringan Patrik Gustavsson pada minit ke-33.

Memasuki separuh kedua, pasukan Malaysia menghampiri kutipan mata pertama selepas mempamerkan aksi luar biasa dengan serangan bertubi-tubi sehingga membolosi pintu gol juara 16 kali, Thailand pada minit ke-61 hasil rembatan Danial Asri.
Gol kedua pasukan tanah air muncul pada babak terakhir apabila Nur Azfar Fikri Azhar menyumbang satu lagi gol pada minit ke 90 dengan pertambahan empat minit.

Ia sekali gus mengakhiri perlawanan yang berlangsung di Stadium Thien Truong Hanoi, Vietnam dengan mata pertama dalam kumpulan B.

Selepas bertemu Thailand, Malaysia dijadual menentang Laos pada 11 Mei, Singapura (14 Mei) dan Kemboja 16 Mei di venue sama dalam memburu dua slot terbaik ke peringkat separuh akhir.

Sukan SEA: Langkah Kanan Buat Malaysia Selepas Tewaskan Thailand 2-1 [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker