Ismail ucap terima kasih kepada Keluarga Malaysia yang kunjungi rumah terbukanya

Ismail ucap terima kasih kepada Keluarga Malaysia yang kunjungi rumah terbukanya

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berterima kasih kepada puluhan ribu Keluarga Malaysia yang meluangkan masa menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera 2022 berlangsung di Laman Kerayong hari ini.

Beliau yang berpakaian baju Melayu warna hijau tiba di majlis itu pada 9.35 pagi dan meluangkan masa bertemu serta bertanya khabar dengan pengunjung terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dari Bera dan daerah berhampiran.

Pelbagai juadah sinonim dengan sambutan hari raya khususnya makanan Pantai Timur seperti lemang, ketupat palas, rendang, nasi dagang dan laksa lemak disajikan kepada pengunjung menerusi 32 buah gerai selain turut dilengkapi dengan pencuci mulut seperti cendol, aiskrim dan apam balik.

“Istimewanya majlis rumah terbuka di Bera ialah tradisi muafakat dan gotong-royong menyediakan juadah. Setiap kampung dalam Parlimen Bera terlibat (menyediakan juadah) dan akan menyajikan makanan mereka di gerai disediakan,” katanya kepada pemberita di sini.

Dalam keseronokan berhari raya, Ismail Sabri juga mengingatkan pengunjung rumah terbuka untuk terus mengamalkan kawalan kendiri khususnya memakai pelitup muka semasa berada di kawasan sesak atau semasa mengambil makanan.

Penganjuran rumah terbuka yang berlangsung selama lima jam bermula 9 pagi itu, turut menyaksikan pengunjung dihiburkan dengan lagu-lagu raya.

Semangat untuk menyediakan juadah raya selepas dua tahun tiada rumah terbuka dibenarkan, menyebabkan penduduk Kampung Dato’ Sri Hamzah bersengkang mata menyiapkan rendang daging yang ‘dipertanggungjawabkan’ kepada mereka.

Siti Faridah Jamaluddin, 50, berkata mereka mula menyediakan kelengkapan memasak sejak 4 petang semalam, namun kerja-kerja merendang hanya dimulakan malam tadi sebelum rendang yang menjadi signature dish (sajian istimewa) kampung setiap kali penganjuran rumah terbuka itu dapat disiapkan pada 4 pagi tadi.

“Walaupun kerjanya lama, tapi kami berbesar hati apabila orang datang mengambil rendang… hilang rasa penat. Kami mahu menghidangkan rendang baharu kepada tetamu kerana adat menjamu orang, sudah tentu kita mahu yang terbaik,” katanya.

Bagi ‘pemilik’ gerai bihun sup, Rahimah Mohd Salleh, 55, dari Kampung Batu Bor pula berkata proses memasak juadah itu seperti kenduri kerana dilakukan oleh kaum ibu di surau sejak malam tadi, manakala sebilangan mereka ‘ditugaskan’ untuk menyajikan hidangan hari ini.

Bagi peniaga cendol, Kusmawati Wan Shah, 35, dari Kampung Paya Tateh pula menyifatkan peluang menyediakan pencuci mulut itu sebagai rezeki untuk dia berkongsi resepi keluarga yang menjadi pendapatannya sebagai peniaga pasar malam sejak sembilan tahun lepas.

Kusmawati berkata anak-anaknya juga semangat dan bangun awal pagi bagi mengikut dia menghidangkan juadah itu kepada tetamu dan melahirkan rasa gembira apabila melihat ‘gerai’ mereka yang terletak berhampiran pentas utama diserbu ramai orang. Utv

Ismail ucap terima kasih kepada Keluarga Malaysia yang kunjungi rumah terbukanya


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker