Penyatuan ummah PAS-Umno formula terbaik – Takiyuddin

Penyatuan ummah PAS-Umno formula terbaik – Takiyuddin

Penyatuan ummah menerusi Muafakat Nasional (MN) yang digagaskan PAS dan Umno disifatkan sebagai formula terbaik, menurut Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, ini kerana penyatuan ummah itu bukan hanya terhad kepada parti-parti tertentu sahaja, sebaliknya boleh disertai oleh mana-mana parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau individu yang mempunyai matlamat sama, iaitu ke arah penyatuan ummah seperti termaktub dalam piagam itu.



“Oleh sebab itu, PAS masih lagi menyeru supaya penyatuan ummah ini membabitkan semua pihak terutamanya parti-parti Melayu Islam, parti Bumiputera dan juga parti bukan Melayu yang tidak ekstrem sebagaimana yang disebut oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menziarahi bekas jurulatih bolasepak Kelantan FA yang juga penyerang prolifik negara era 90-an, Hashim Mustapha di kediamannya dekat Kampung Guchil Bayam di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Takiyuddin yang juga menteri tenaga dan sumber asli berkata, penyatuan ummah amat diperlukan untuk menjadikan negara ini lebih baik dan harmoni pada masa depan.

“Kita memerlukan penyatuan dan juga perkongsian kuasa untuk semua etnik, kaum, bangsa, agama di negara kita,” katanya.



Sementara itu, mengulas mengenai penubuhan Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan, Takiyuddin yang juga ahli Parlimen Kota Bharu berkata, ia adalah “warna-warna politik” di negara ini yang mengamalkan sistem demokrasi berperlembagaan.

“Terpulang kepada mereka… yang penting PAS jelas dari segi hala tuju dan persiapan kita juga lebih jelas,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan sebuah gabungan baharu diberi nama Angkatan Amanah Merdeka Rakyat Kelantan ditubuhkan dengan hasrat menumbangkan kerajaan PAS di Kelantan pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15). FMT

Penyatuan ummah PAS-Umno formula terbaik – Takiyuddin




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…



Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker