Kucing pun nak raya pakai baju Melayu, baju kurung

Antara koleksi kucing yang dipakaikan baju Melayu dan pakaian raya

PETALING JAYA – Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini rata-ratanya disambut dengan penuh meriah oleh orang ramai dengan memperagakan busana Melayu yang baharu dan cantik.

Namun, suasana raya kali ini turut diserikan dengan koleksi pakaian raya kucing, malah jualannya ketika tinjauan Kosmo! terdahulu menyaksikan sambutan hebat daripada orang ramai yang memilih untuk membeli pakaian baru buat haiwan peliharaan mereka itu.

Tinjauan Kosmo! di media sosial menyaksikan banyak gambar-gambar swafoto pakaian atau untuk hari ini (OOTD) kucing yang segak berbaju Melayu serta berkurung moden dalam meraikan perayaan Aidilfitri telah mencuri perhatian ramai.

Seperti perkongsian Liyaya di laman Instagramnya, kelihatan enam ekor kucingnya dipakaikan pakaian sedondon sama seperti dia dan keluarganya yang mengenakan tema warna ‘peach’ bagi sambutan raya tahun ini.

Selain itu, seorang pengguna Facebook turut memuat naik gambar kucingnya yang lengkap berbaju Melayu warna biru berserta sampin dan songkok yang dibuat khas untuk kesayangannya itu. –

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘DINA’, ‘MIRA’ dan ‘J3H3’ disita

Misteri duit syiling timbul di permukaan tanah

Hilang ibu bapa berselang 12 jam di Aidilfitri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker